Assalamualaikum..HAri ni aku terpanggil untk mnjiwangkan diri aku untuk wat surat ni..huhu..ni sebab aku xde idea nak tulis entry ape..
BACALAH..
Wahai bakal prince charming..
Aku ini insan biasa yg hanya menetap dibawah muka bumi Allah
ini…gadis biasa yg hanya simple tapi mampu mnggoncang dunia..
Terimalah aku seadanya….kerana itu yang aku mahukan..
Wahai bakal prince charming
Aku bukanlah insan yg
terlalu lemah lembut..bukan insan yg hanya duduk ditepi padang sambil memegang
payung lalu bersorak ketika hari sukan..
Aku insan lasak yg suka ber lari dipadang..aku insan yg
melontar peluru semata2 untuk mncapai pingat emas..aku gadis yg rela berpanas
dibawah sinaran matahari demi mnjadikan rumah sukan aku juara..
Wahai bakal prince charming
Aku bukanlah insan yg cantik..aku tidak tinggi seperti erra
fazira..aku x secomel seperti seo hyun
SNSD..aku x selangsing puteri kerengga…
Aku hanyalah insan yg sederhana rupanya..manis bile
tersenyum..bengis bile marah..comel bile buat muke bajet2 comel..tapi itu yg
aku pegang kerana aku tahu..hidup biarlah penuh kesederhanaan.
.
Wahai bakal prince charming
Aku bukanlah insan yg pandai sgt masak….aku x seteror CHEF
WAN yg mengembara mncari ilmu memasak..aku bukanlah chef hotel 5 bintg boleh
sediakn masakan ala2 thai,pasta dan piza..bagai2 ar..
Aku hanya la insan yg reti memasak lauk2 kmpg..sikit2..masak
ayam x kisah ape2 jenis masakan..tapi yg pasti aku memasak dengan hati yg penuh
ikhlas dan penuh kasih syg kepada yg merasenya….meskipun aku x tahu rasenye
bagaimana..tapi stakat ini..makann yg aku masak masih lagi dapat diterima
tekak…
Wahai bakal prince charming..
Aku bukanlah terlalu romantik dan aku bukanlah tak jiwang
sangat..
Cuma aku harap kau tak payah la terlalu jiwang..
Jangan sampai aku x dengar suara kau dalam telefon semata2
nak jadi romantik
Oh Tidak! Aku x nak dicop pekak badak
So, Cakaplah dengan nada biasa..
Wahai bakal prince charming.
Jika kau menyanyangimu..sayangi diriku sepert mana sayang
nye Rasulullah S.A.W kepada Siti Aisyah..
Jika kau menyayangiku..terima lah diriku seadanya..
Jika kau menyayangi diriku..sayangilah kedua ibubapaku..
Wahai bakal prince charming
Sekiranya kita sudah ada ikatan yg sah..aku harap kau
menyayangi diriku seperti waktu kita
sebelum ada ikatan yg sah…tapi sekiranya kau berniat nak mnduakan atau
mntigakan atau mengempatkan diriku….ada beberape syarat..
- Sape2 yg bakal gntikan aku tu mesti menyayangi diri kau lebih dari aku sebab aku tak nak kau ketandusan kasih sayang
- Sape2 yg bakal gntikan aku tu mesti menutup aurat lebih daripada cara aku menutup aurat sebab aku takut kau akan masuk neraka kerana memilih wanita yg tidak mengikut syariat Nya
- Sape2 yg bakal gantikan aku tu mesti pandai masak daripada aku sebab aku x nak kau asyik2 habiskan duit sebab g keluar makan kat kedai
- Ingtlah jika kau menduakan @mentigakan @ mengempatkan aku tetapi aku ikhlas ..aku x kan rugi ape2 kerana aku bakal mendapt payung emas disana
- Tetapi kalau kau tidak bertggungjawab dalam mmbahgikan setiap perkara dengan sama rata..kau faham2 la nanti kat akhirat kau dapat ape..
Wahai bakal prince charming..
Aku disini menanti kau iaitu seseorang yg masih aku tidak
kenali..
Aku harap kau menepati ciri2 pilihan ku..menepati ciri2
pilihan mak ayahku..dan menepati ciri2 seorang lelaki soleh..
Inilah warkah yang aku berikan pada bakal prince charming ku…..
Assalamualaikum..
p/s:warkah ni terhasil ketika aku x tahu nak wat entry ape…(^_^)
Comments
susah kan mau mencari 'jodoh' kita..haha..