Friday, August 18, 2017

BAD GENIUS MOVIE REVIEW: TERBAIK!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hai Semua!! Harini aku kerja pagi dan sempatlah aku menghupdate sedikit sedikit blog aku yang agak bersawang ni.. Yihaaa!!

Seperti biasa kalau aku kerja pagi, aku akan masuk pukul 9.00 pagi dan balik lebih kurang pukul 5.00 ptg atau lebih2 sikit la. Memang best kerja waktu pagi ni sebab al maklumlah kalau kita kerja pagi boleh lah nampak cahaya matahari sikit. Dapat menghirup udara segar di ruangan udara Selangor ni.. Haha.

Nak dijadikan cerita, lepas habis kerja aku pun bermalas-malasan untuk pulang ke rumah, ditambah pulak ada staff dan rakan sekerja aku kata hujan dekat luar. So, aku pun mengambil kesempatan untuk tengok wayang. Hahah. Nama je kerja tempat wayang tapi tengok movie semua lambat. So, aku decide untuk tengok cerita Bad Genius.





Kenapa Bad Genius??

So far, sambutan untuk cerita Bad Genius ni sangat menggalakkan. Sale location aku mencanak2 naik lepas cerita ni naik. Kalau korang nak tahu cerita ni adalah cerita THailand dan berdasarkan kisah sebenar.




Movie ni Pasal apa??

Movie ini adalah tentang seorang student ni nama dia Lynn. Lyn ni memang pandai gila nak mati la cerita dia. Dia ni kena transfer sekolah dekat tempat ayah dia mengajar dan dia pun dapat biasiswa persekolahan. Tapi Si Lynn ni gunakan kepandaian dia untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara bagi rakan dia tiru dalam exam. Mula2 dia sekadar nak bantu seorang rakan dia ni namanya Grace untuk dapat masuk persatuan drama sekolah. Tapi benda tu jadi lebih besar bila teman lelaki grace ni tahu perkara itu dan sanggup bagi berapa je yang Lynn tu hendak kalau dapat tolong mereka semua dalam exam. Tapi malang tak berbau rahsia terbongkar sampai si Lynn ditamatkan biasiswa dan tak dapat international scholarship.

Itu adalah separuh je jalan cerita Bad Genius ni. Kalau korang nak tahu detail korang pergi la tengok dekat panggung wayang yang berdekatan. Kalau nak tiket free boleh jumpe aku dekat TGV Cheras Selatan.. Haha.. Itupun kalau tiket free aku belum habis.

Aku boleh bagi cerita ni 9 Bintang Daripada 10 la. Plot cerita yang menarik dan ada pengajaran yang tersendiri.

Nasihat aku adalah gunakan kebijaksanaan kita untuk perkara2 yang elok dan bermanfaat. Kalau kita ni dah pernah buat silap, cepat2 lah berubah dan berusaha jadi lebih baik. Buat adik2 yang tengok cerita Bad Genius ni, amik yang baik2 tau, jangan korang g copy cara dieorang meniru tu bawak ke exam2 korang.. huhu..

 


Thursday, August 17, 2017

DONT EVER GIVE UP!


Assalamualaikum W.B.T

Hai semua readers!!

Seperti telah lama sangat yer hamba yang bernama Suhaila ni tidak menulis. Ha Ha Ha. Actually, idea tu ada cuma mampu ditulis difikiran sahaja. Kadang rasa macam fefeeling artis je cam takde masa padahal Allah tu bagi 24 jam sehari tuk buat macam2 kan. Tapi tulah manusia. Leka, alpa, bermalas-malasan je tahunye. Sama jugak macam aku. Lulzz.

Malam ni aku nak buat entri motivasi sikit buat sesapa yang harini atau hari2 yang lepas malah untuk hari2 yang akan datang ada perasaan sedih, kecewa, putus asa, nak nangis dan sebagainya.

Actually, aku nak menenangkan hati aku sebenarnya. Tapi tak luak pun kan kalau aku kongsi kata2 motivasi kat korang2 diluar sana yang ada hati kacau gundah gulana macam aku ni kan. ngeh ngeh ngeh


LETS PROCEED!

So, macam mana aku nak start motivate ni erk?? haha.. hai la suhaila. Time tengah buat entri ni la baru kau nak cari idea. Haha.

Berbalik kepada tajuk entri aku which is don't ever give up. Aku selalu nasihatkan diri aku sendiri supaya jangan mudah putus asa walaupun banyak benda rintangan yang kau hadapi. Tak kisah la dalam belajar ke, dalam pekerjaan ke, hatta dalam percintaan pun please jangan mudah give up. Sebab apa aku cakap jangan mudah give up? Sebab kita sendiri tak tahu bila titik kejayaan kita tu bermula.

Sebagai contoh, sekarang ni aku cuba nak kurus masih lagi ada misi tu lepas banyak kali gagal. Banyak kali aku try tetap tak kurus2. Serius wei. Nak kata aku gemuk tak lah jugak tapi keinginan untuk kurus tu meluap2 tapi bila effort aku kurang mmg tentu2 lah nak jadi kurusnya lambat ye dak? Kalau misalnya aku berhenti sekarang bermimpi nak jadi kurus dan tak nak berusaha, memang aku tetap akan gemuk. Tapi kalau aku tak pernah berputus asa dan berusaha, aku pasti ada sinar di akhirnya! ewahh..hahha. Doakan la aku kuat k.

Itu contoh yang basic la. Sama jugak dalam segi pekerjaan. Aku jugak manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi kalau setiap minggu benda sama je yang aku buat salah, stress jugak kan? Dan aku sangat stress dan rasa cam nak nangis2 je. Why u always make the same mistake Suhaila? Haihhh. Tak penat ke asyik2 kena marah? PENAT. So, buat la keje tu helok2 sikit. Kata aku pada diri aku sendiri. Ngeh Ngeh Ngeh.

Kebanyakan orang selalu mudah mengalah bila berdepan dengan masalah2 macam ni. Aku pun rasa dah nak give up dah. Tu kalau aku tak fikir panjang la. Ha ha ha. Tapi aku ni memang suka fikir panjang sikit. Tu yang kekadang loading..haha

Nak dipendekkan cerita, kita kena fikir kenapa kita bermula? Aku selalu fikir banyak benda yang aku nak capai dalam dunia ni. Setakat dugaan yang sikit camtu aku tak boleh hadapi, macam mana aku nak hadap dugaan2 dan realiti2 kehidupan yang lain. So, aku pun duduk bertafakur sekejap dan try pujuk hati aku yang sedih ni.

Kata2 motivasi untuk diri aku
Suhaila..
Lebih baik kena marah daripada tak kena marah langsung.
Cuba dan cuba sehingga kau dah tak kena marah lagi.
Ubah cara kerja kau dengan lebih produktif.
Jangan mudah mengalah!!

Sejuk dan tenang sikit hati.

Tapi antara benda yang paling penting adalah berbalik semula kepada Allah S.W.T. Mungkin kita banyak lebihkan dunia berbanding pada akhirat. Banyak buat benda2 lagha. Terlampau fikirkan dunia. Kerja. Kerja. Kerja. Sebab tu Allah S.W.T bagi kau ujian supaya Dia nak kau kembali bersujud kepada Dia.

Allahu.

Kesimpulan daripada celoteh2 aku diatas, aku berharap sangat diri aku dan sesiapa yang membaca entri ni, dia tidak mudah berputus asa dan cuba buat sehabis baik dalam setiap benda yang kita buat. Harus tangani stress dengan baik dan lalui realiti kehidupan dengan senyuman dan kembalilah kepada Allah S.W.T

💗💗💗💗💗💗



Thursday, May 18, 2017

KING ARTHUR: THE LEGEND OF SWORD

Assalamualaikum.

Halooo. Apa khabar pembaca2 yang membaca blog aku ni. Penuh sarang2 lebah pun masih lagi ada yang sudi nak singgah. Huhuhuhu.

Agak awkward gak la jari nak menulis setelah sekian lama tak menulis ni. Idea pun tak ada. Kah!
Tapi takpe, korang jangan risau sebab aku ada kisah menarik untuk dikongsikan. hehehe

Sapa yang baca dekat sini kaki wayang??

Confirm ramai. Aku tahu.

So aku nak review sikit satu movie ni iaitu KING ARTHUR: THE LEGEND OF SWORD.



Mesti ramai yang tengok cerita pasal king Arthur ni kan. Sapa yang suka tengok cerita Merlin, mesti boleh faham kot kisah King Arthur ni.

So far, bila aku tengok movie ni, bagi aku jalan cerita ni menarik dan tak bosan. Walaupun sejarah King Arthur ni mungkin dikatakan sebagai dongeng, tapi aku tetap suka cerita ni. Ha Ha Ha.

Dalam filem ni jugak ada banyak aksi2 berlawan dan berperang. Kalau korang memang suka cerita perang2 lawan2 cam aku, mesti akan suka cerita ni.

Tapi, yang selalu aku cuba katakan bila aku buat review apa2 cerita adalah minat orang lain2. Ada sorang kawan aku ni cakap cerita King Arthur ni tak best dan banyak cakap. Haa..berbezakan dengan aku?

Kesimpulannya, korang pergilah tengok sendiri dan nilai. Aku cuma ulas daripada perspektif aku je. HuHuhU.






Saturday, February 25, 2017

JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI SELAMAT DIIJABKABULKAN!!


Assalamualaikum..

Wah wah. Kemain aku terus hupdate kalau pasal Jep Sepahtu. Sapa yang tak tahu kan pasal hubungan Jep dengan Sari Yanti. Kalau dalam Sepahtu Reunion tu bukan main lagi si Jep ni buat ayat2 Pick Up line untuk Sari Yanti.

Duk melayari twitter, terus ternampak Beautiful Nara hupdate pasal ni. Huhuhu

Aku serius suka tengok pasangan ni. Nampak sweet sangat berdua. Dua2 malu2 kucing. Aku berdoa semoga jodoh dieorang berkekalan hingga ke Jannah.

Jom kita tengok gambar2 masa pernikahan mereka yer. Credit to Beautiful Nara







CABARAN KURUS 2017

Assalamualaikum..

Hai semua. Iolls kembali dengan entri yang baru. Actually, aku baru lepas tengok video Kemenangan Faiz Subri dekat Puskas Award. Tahniah Faiz Subri :) . Sangat gempak tendangan beliau. Aku pun kemain repeat banyak kali scene tu. And the best thing is beliau dah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Banyak giler kot review vlogger2 luar negara pasal tendangan Faiz. KAGUM dan TAHNIAH! Tahniah jugak dekat Christian Ronaldo sebab dapat award pemain Terbaik FIFA.

Dah2 bercerita pasal Faiz Subri dan Christiano Ronaldo, sebenarnya aku nak cerita pasal cabaran 2017 yang bakal aku laksanakan!

CABARAN KURUS

Wow! Ini merupakan satu cabaran yang susah Suhaila!! sebenarnya aku memang dah lama berazam untuk kurus. Sejak daripada zaman universiti lagi.

Sebab apa aku nak kurus??

Aku tak ada spesifik jawapan untuk itu tapi tu adalah perkara yang aku hajati selama ni. Memang agak susah untuk istiqamah. Yela, mana tak nya bila orang kuat makan kena kurangkan pengambilan makanan dia, mahu tak menangis perut..hahahah. Tapi aku dah bertekad nak selesaikan cabaran kurus ni tahun 2017.

Aku tak da lah nak kurangkan makanan secara drastik macam tak makan nasi langsung ke, atau buat diet atkins ke, cuma aku akan kontrol apa yang aku makan dan nak lebihkan exercise. Actually aku pernah kuruskan badan dulu. Waktu tu aku nak grad, aku memang tekad habis time konvo aku nak kurus. Serius menjadi wei. Hahah. Tapi sebab kan tak berapa nak istiqamah dan pengaruh rakan2 yang kuat melantak, berat aku naik balik.

So, this time aku decide untuk buat betul2. Aku tak nak yang terlampau drastik macam 10kg dalam tempoh sebulan..No No No.. Aku rasa aku tak mampu..HAHAHAHA.

Last tempoh aku adalah 17 July 2017. Cari tarikh yang cantik sikit tuk celebrate kekurusan aku..hahahha..

Actually, ada je yang tak mempercayai niat aku yang nak kurus ni..huhu. Tapi aku tahu aku boleh buat (Semangat Kuat). Jadi, we’ll see on JULY ok. Set? :)

Bak kata orang kalau kita ada target kita akan usaha betul2 kan untuk dapat target tu. Lagi berapa2 bulan ni. Prove to yourselves Suhaila!!




P/s: aku ada buat telegram tau untuk blog ni.. Kalau ade sape2 yang rajin follow la yer.. :)  https://t.me/bloggersuhailasellaginella



Tuesday, January 10, 2017

MEMORI 2K16 DAN MISI 2K17

Hi Assalamualaikum semua pembaca2 blog Suhaila Sellaginella ni..huhu

SELAMAT DATANG 2K17!!!!!!

Ha.. tu dia budak zaman sekarang, dah tak tulis 2017 dah(terlalu mainstream katenya). Aku pun ikutlah peredaran zaman gak..hihihi.

Apa macam setelah melepasi 10 hari didalam tahun 2K17 ni?

RASA LEBIH BERSEMANGAT??

AZAM MAKIN BERTAMBAH??

Bagiku aku tahun 2017 is too soon datang..hakhak..

Serius weyh, aku masih lagi ingat apa yang aku angan2kan pada awal tahun 2016, but now kita dah dalam tahun 2017!!

OH NOOO!! WHAT!!?


     Camtu lah perasaan aku. Sangat cepat masa berlalu. Setahun sekarang ibarat bukan macam zaman aku kecik2 dulu. Dulu kemain kalau nak tunggu raya tu rasa macam lamanya lahai. Tapi sekarang bila fikir lagi 5 bulan lagi nak raya kot, padahal memori raya tahun lepas masih berlegar2 lagi dalam fikiran. Hahah..

       Sangat sedih kalau nak difikirkan yang masa tu sangat mencemburui kita. Jadi kita mesti pastikan masa kita digunakan dengan sebaik2nya.

MEMORI TAHUN LEPAS(2K16)

KERJAYA

Berbalik pada cerita yang aku ni tak sangka yang sekarang ni dah 2K17, jadi aku nak mengimbau la sikit memori2 2K16 yang telah aku lalui. Actually, x banyak sangat benda2 yang menarik dalam tahun 2K16 ni. 2K16 ni nak dijadikan cerita adalah saat2 aku membina karier la. Mungkin kalau orang kenal aku, mereka semua akan tahu aku ni lulusan Sains Perikanan. Tapi pada akhirnya aku memilih untuk tak berada pada kerjaya tu dan lebih menjurus kepada bidang entertainment yang lagi khusus adalah kerja WAYANG! Ya. Aku kerja di panggung wayang. But then, who care. Selagi aku buat kerja halal, aku tak kisah. Tapi tak semua cerita gembira xde dukanya. Biasa la orang kampung bila dengar anak orang keluar Uni, kerja kat tempat2 yang xde standard kata mereka, mulalah sibuk mencanang cerita. Dan mak aku pun start la suruh aku kerja lain. Tapi aku ni degil tetap teruskan jugak sebab aku tahu apa yang aku buat. So, aku cakap dengan mak aku,

“ Mak, akak still akan kerja dekat sini selagi akak tak dapat kerja yang lain dan akak akan naik pangkat dan dapat gaji yang sesuai dengan degree akak.”

P/s: Actually conversation aku tu lebih kurang aku padatkan jela sebab aku kalau bercerita dengan mak aku sangat panjang. Takkan nak tepek kat sini jugak? Hihihi

Dan akhirnya aku jadi Supervisor di panggung wayang. Bermula dari part time lepas tu jadi full time, naik plak jadi Buddy Trainer dan akhirnya jadi Supervisor. Dalam masa setahun. Its kind of amazing jugak la kan??

Perjalanan karier aku agak lancar. Alhamdulillah. Mungkin sebab doa mak ayah aku yang tak putus2 doakan anak mereka yang sangat degil ni.


TRAVEL

Aku memang seorang kaki jalan. Aku boleh jalan kat mana2 tempat yang aku nak pergi. Kalau keyakinan aku tinggi, aku fikir je terus aku buat. Macam contoh, ada satu masa tu aku memang sangat hati kosong giler dan aku pun fikir nak pergi pantai. Al maklumlah 3 tahun belajar kat terengganu, pantai tu dah tak lari dah dengan aku. Ni bila dah duduk Selangor, aku pun terfikir nak cari pantai. Hambik kau ke Pantai Morib aku pergi nya. Agak jauh gak dari serdang nak ke banting sana. Naik motor pulak tu. Namun aku gagahkan jugak. Nak tengok pantai punya pasal.

Bila dengar travel mesti terfikir pasal luar negara. Haha. Aku tak travel luar negara pun. Last aku pergi luar negara pun Vietnam. Tu zaman2 belajar punya cerita la. Tahun 2016 tempat yang aku pergi adalah KLCC, Sunway Lagoon, Penang, Port Dickson, Melaka dan Kedah. Kalau KLCC dan Sunway Lagoon boleh dikatakan jalan2 saja2 la. G Penang tu sebab aku pergi hantar adik aku belajar dekat USM. Tapi x sure plak 2K16 ke 2K15 aku g..hahah. Tapi yang latest adalah Melaka dan Kedah. Yang pergi dekat Kedah tu aku akn cerita dekat entri yang akan datang bila mood menulis aku sampai(Basi sudah)

TONE EXCEL

Aku join Tone Excel ni start dari akhir 2015 dalam bulan 12 kot sampailah sekarang. Sebab apa aku join tone excel ni adalah aku fikir aku boleh dapat pendapatan pasif. Dan sampai sekarang aku masih belum dapat income yang diharapakan.. HHmmmm.. So Sad. Tapi aku tak salahkan Tone excel sebab aku still YAKIN dengan guna simkad ni aku boleh dapatkan pendapatan yang tak masuk dek akal. Walaupun aku buat dah kira lama gak tapi dapatlah jugak income sikit. Daripada korang yang guna simkad lain tu, berbelas tahun guna tetap tak dapat duit. Aku baru guna setahun je aku dah dapat beli keperluan aku sikit2. Kalau korang rasa berminat nak tahu, korang roger2 je aku dekat no. Ni 0177467741. tapi harap maaf kalau yg jenis bercintan cintun ni aku tak layan. BISNES TONE EXCEL SAHAJA!

AZAM 2K17

Start 2K17 ni, aku mulakan dengan sangat tak bermaya. Actually banyak gila agenda2 yang aku plan untuk tahun 2K17 tapi tak berapa nak organize. Setakat berlegar difikiran sahaja. Baru 10 hari ditahun ini tapi banyak benda yang membuat jiwa aku kadang sunyi and blank. Rasa macam banyak sangat berfikir, nak buat itu ini tapi satu hape pun tak jadi. Stress tak pasal2 dalam kerja. Padahal kerja aku takde la stress sangat pun. Tapi aku decide untuk nak ketepikan perasaan bercampur aduk aku ni dan mula fokus pada apa yang aku nak buat pada tahun ni. Aku tak nak tahun 2K17 ni berakhir dengan sia sia sahaja. So, antara senarai benda yang aku akan buat pada tahun ni

1. Bina kerjaya
2. Pergiatkan diri dalam bisnes TONE EXCEL
3. Buat Blog
4. Pergi Travel
5. Buat Bisnes. (so far bisnes bantal..Haha)
6. Nak Kurus (ni azam dari tahun2 lepas)
7. Jumpa bakal zauj (maklumlah dah meningkat umur..ahakss)
8. BUAT KERJA SENDIRI

Yang dekat atas tu antara azam2 baru aku untuk tahun ini. Ada banyak azam yang berlanjutan untuk setiap tahun seperti untuk jadi anak solehah, muslimah yang lebih baik and other thing like that. Tu memang hajat aku setiap tahun. Jadi aku harap azam2 aku ni di permudahkan oleh Allah S.W.T. Sebab aku nak pastikan tahun 2K18 aku akan tulis entri yang lebih panjang dan tiptop daripada entri ni. Korang2 doakan aku yer. Amin.. Assalamualaikum.. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/