Wednesday, September 5, 2012

' SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER ! ' .

Assalamualaikum..
hari ni aku ade mood nak join segmen...alih2 aku ternampak la satu segmen yg aku rase menarik...sape2 nak join jom la..boleh kenal2 same blogger and dapat tambahkan follower juga... nak join klik gambar bawah ni..
                             




dah2..aku nak g blogwalking ni..bye..assalamualaikum...
 

Tuesday, September 4, 2012

OPPA GANGNAM STYLE FENOMENA

Assalamualaikum semua….aku skang ni tgh mnghabiskan sisa2 cuti aku kat rumah ni ha....7hb aku dah nak gerak balik ke terengganu..kat mane lagi, university kesayangan aku la UMT..actually, have no intention pun nak balik UMT tapi nak wat camne..blajar tu kan penting..ok stop pasal cerita aku nak kembali ke alam university..la ni aku nak cerita pasal satu fenomena yg sedang berlaku di negara2 asia x terkecuali Malaysia ku terchenta dan amerika syarikat…WOW!!! Kecoh benar tu..ape die erk???? Tu dia OPPA GANGNAM STYLE!!!
Mmg kalut sungguh la kat FB n twitter..mmandangkan aku mmg super overtime mengonlinekan dri,so..aku bnyak la melihat status2 remaja2 khasnya dok bercerita pasal oppa gangnam style ni la..maka terpancarlah status seperti di bawah:
Oppa!!oppa gangnam style!! Best giler!!
Awat x senonoh benar tarian oppa gangnam style ni!!!
Macam2 pandangan..ade yg suka ade yg x suke… nak dijadikan cerita skang ni org depan cerita pasal oppa gangnam style, org kiri cerita pasal oppa gangnam style..tu x kira lagi yg org belakang,kanan, tgh,timur laut, tenggara..semua cerita pasal oppa gangnam style…aigoo…
Mula2 aku ingat lagu oppa gangnam style tu untk program variety show kat korea iaitu Running man sebab aku just tgk video gwang soo menari lagu oppa gangnam style tu…x tgk pulak yg official video..rupa2nya bukan..yg penyanyi sebenarnya adala Psy @ Psycho..
Pelbagai spekulasi yg timbul pasal lagu oppa gangnam style ni..ade yg kate lagu tu membawa kita untuk masuk yahudi la, berunsur lucah la n DLL…serius aku xtau pasal bnde ni..
So, aku pun cari la info pasal oppa gangnam style ni n aku nak share la ape yg aku jumpe dari blog.. kura kura , leypark.com, farizi ezanysabahanblog korie.

1. Gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita. Gaya Gangnam ini adalah merujuk kepada satu gaya hidup di tempat yang sangat mewah di Seoul yang mewakili $84 bilion kekayaan Korea Selatan pada 2010, mewakili 7% dari keseluruhan KDNK. Keluasan Gangnam ini cuma 15 batu persegi.

Muzik video ini merupakan satu kritikan sosial kepada gaya Gangnam yang mengejar kekayaan palsu. Di Korea Selatan, secara purata hutang kad kredit mencapai 155% disposable income dan setiap orang dewasa mereka mempunyai 5 kad kredit. Antara lirik awal adalah merujuk kepada gaya hidup urban mengenai kopi. Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mee segera murah(ramen)tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi. Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut Saudara Rusydi "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej Sdr Rusydi berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan senaman yg lebih sopan seperti berjoging, berlari dan bermain badminton juga mampu mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

Pendapat penulis
Pada pandangan aku, lagu oppa gangnam style tu x salah sebab pencipta dan penyanyinya adalah bukan islam..so, dah tentu dieorang xtau dan langsung x paham cara dan garis panduan agama islam..tapi bagi kita sebagai umat islam, kita sepatutnya tahu mana yg buruk dan yg baik..kalau kita dah tahu tarian seperti dalam oppa gangnam style tu x senonoh dan keterlaluan jadi janganlah kita meniru tarian tersebut..kalau sape yg kenal aku mesti tahu aku mmg minat kpop tapi yang tang oppa gangnam style ni mmg aku kurang berkenan sikit lagi2 tarian oppa gangnam style tu sendri…dalam fikiran aku terpancar ayat” it is so annoyed”.. apa yang penting kalau kita suka akan sesuatu tu jgn terlalu taksub atau terikut2 sebaliknya cuba fahamkan ape yg tersurat dan tersirat.. ni untuk pesanan buat aku khasnya n semua pmbace umumnya.. klah tu je yg aku nak sampaikan aku harap sape2 yg minat giler kat lagu oppa gangnam style ni jgnlah sakit hati or panas hati bace entry aku ni..kita kan sesame manusia, perlu saling mengingati..ape yg kita tahu betul kita berikan pencerahan …apa yang salah, kita  betulkan….kalau nak tahu tentang kesahihan pasal oppa gangnam style,nampaknya kite kena pergi korea la and tanye face to face dengan si Psycho (penyanyi oppa gangnam style)…k assalamualaikum..:D


 

Monday, September 3, 2012

PENGELUARAN PEMBIAYAAN KEPADA PELAJAR LAMA IJAZAH/SARJANA/PHD DI IPTA BAGI SEMESTER 1 SESI 2012/2013

Assalamualaikum...^___^

aku kembali membuat entry...tinggal lagi beberapa hari je mahasiswa2 yg belajar di universiti akan kembali memulakan belajar..kebanyakannya pada 9  September 2012...

hahahahhaha..same la cam aku ni ha...=.=" ..terase sedih plak nak tinggalkan rumahku syurgaku ni..tsk tsk tsk...tapi nak wat camne..nak tuntut ilmu mestilah berkorban sikit berjauhan dgn keluarga..ye dak??






sape yg suka beri kegembiraan kepada kanak2?? jom kita lihat!!
Jom ajak family bercuti kat tempat2 menarik ni.. 
 nak tiket free The Wanted??? jom join.. 



kepada budak2 yg duk tanam anggur kat rumah time cuti 2 bulan tu plus yg ambil pinjmn ptptn tu, mesti soalan2 di bawah berlegar2 di fikiran..

Bila PTPTN nak masuk ni????
PTPTN masuk lambat ke???
hahahha..so, jgn risau2..aku dah mnggoggle  kat pakcik google n aku nak share kat korang tarikh2 bila duit PTPTN masuk..harap2 legalah sikit hati korg yer..

                                                           |
                                                                     |                                                                                            
                                                                     |
                                                                     |
                                                                     |
                                                                    V
TENTATIF PENGELUARAN PEMBIAYAAN KEPADA PELAJAR LAMA IJAZAH/SARJANA/PHD DI IPTA BAGI SEMESTER 1 SESI 2012/2013

kalau dah dapat duit jgn membazir tau....pentingkan keperluan bukan kehendak yer..:)

beli brg jgn sampai x cukup tgn ..huhu

kebanyakan pelajar selalu idamkan gadget2 terbaru..kan3..huhu

#:sapa nak pakai volkswagen..jom tengok ni... 
Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!

Saturday, September 1, 2012

AKU DI RUMAH


Assalamualaikum semua
Alhamdulillah aku masih mampu menaip entri ni..huhu.. sekarang aku sedang dilanda kebosananan sebab semua adik beradik aku dah kembali ke alam persekolahan mereka…akak aku dah balik UMT sebab jadi fasi, adik era aku dak balik matrik KMJ..adik beradik aku yg lain sekolah la..ape lagi…tggllah aku ngn mak ayah aku…kalau pagi2 mmg sunyi la rumah..mak ayah aku g kebun, adik2 aku g sekolah..aku??? kemas rumah la jawabnya… tapi ape yg pnting aku ingin menikmati cuti2 aku sepuas-puasnya..kalau dah masuk u bulan 9 ni,alamatnya busy la…mesti aku akan rindu waktu bersantai-santai kat rumah ni…huhu..
Memandangkan sekarang ni musim raya, makanya kat kampong aku ni bermulalah sesi marhaban..budak2 sekolah agama kat kampong aku bermarhaban..aku ngn mak aku sibuklah kemas2 rumah,masak2…menu untuk diorang adalah MEE KARI…!! Nyum nyum…mak aku yg masak…dah2 confirm sedap punye..
Aku punya part just masukkan kuih dalam balang, potong sayur,n DLL(tu je yg mmpu..huhu). nak dijadikan cerita sedang aku tgh masukkan2 kuih raya, aku boleh plak ternampak kulat dekat kuih tart yg ayah aku beli..haish..aku x bukak lagi pun…baru 2 minggu lebih kita beraya..x kan la dah bercendawan kot..sebelum beli bukan main lagi kata, tarikh luput 2015..amboi makcik..sekarang baru 2012..ayah aku beli 2 balang..satu balang ok tapi satu balang berkulat..iskh3...sabo je la yerk..


k..lah..pape pun aku gembira di rumah...hahahah...salam..:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/