Wednesday, January 9, 2019

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)










Mana Satu Idaman Kalbu? Drama Korea atau Drama Melayu

Assalamualaikum Semua!!

Kembali lagi bersama Suhaila di entri yang baru! 😊.
Ok seperti biasalah, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membaca. Maklumlah blog Iolls yang suam-suam kuku ini.

Tajuk entri aku kali ini adalah berkaitan dengan drama. Siapa suka drama korea?? Angkat tangan!!
Siapa suka drama Melayu angkat Kaki!! Ha ha ha. Ramai yang angkat tangan dan kaki tu. Acah nampak je aku ni..huhuhu.

Pada pandangan aku drama korea dan drama melayu masing-masing ada peminatnya yang tersendiri.

DRAMA MELAYU

Kalau kita tengok di kaca televisyen lambakan drama-drama melayu di setiap stesen tv. Slot Akasia la, Slot Samarinda la dan macam-macam lagi.

Viewer yang tengok pun kebanyakannya adalah dari golongan wanita dan surirumah yang suka drama-drama cintan cintun macam ni betul tak?? Ha ha ha.

So far, yang aku dapat lihat genre drama-drama Melayu sekarang lebih kepada isu rumah tangga, isu kekeluargaan dan isu harta.Kebanyakan tapi tak semua. Walaupun aku dah lama tak tengok drama-drama melayu tapi aku mengikuti juga perkembangan sebab banyak officemate aku yang tengok. Drama yang tengah hangat sekarang adalah Pujaan Hati Kanda, Aku Cinta Dia, Terbaik Dariku dan sebagainya. Mostly isu yang diketengahkan adalah pasal cinta. Bukan aku nak kata aku tak layan cerita cintan cintun ni. Aku la orang yang paling suka. Ha Ha Ha. Tapi aku rasa pattern Drama Melayu dari aku kecil sampai sekarang lebih kurang sama. Element cinta tu lebih menguasai berbanding elemen kerjaya watak tersebut ataupun apa-apa elemen yang boleh menimbulkan kesedaran kepada penonton. Sebagai contoh, kalau dekat drama melayu, kalau watak tu doktor, watak tersebut kurang menunjukkan aktiviti harian sebenar sebagai seorang doktor. Ya. mungkin plot yang ingin disampaikan bukan tentang kerjaya seorang doktor, tapi aku rasa kalau ada scene yang lebih terperinci, sedikit sebanyak adik-adik kecil yang tengok sekali dengan mak depan tv petang-petang tu dapat jugak input-input yang berguna. Betul tak?

Aku ada seorang sepupu. Dia ni memang boleh dikatakan seorang budak yang bijak. Kita pun boleh tengok anak-anak generasi Z sangat bijak dalam percakapan dan melontarkan idea. Aku pun borak-borak dan tanya dia tentang drama-drama terbaru yang ada dekat tv. Yela, dia duduk dengan nenek, kalau tak tengok kartun, dia layan drama. Kalau dia datang rumah aku, mak aku pun tengok drama petang-petang. Haha. Sepupu aku ni boleh cerita detail tentang setiap cerita yang dia tengok. Nama-nama watak pun ingat. Korang rasa? Bayangkan kalau hampir semua cerita berkisarkan tentang cinta, cerai-berai, kahwin bermadu, dan sebagainya. Macam mana dengan perkembangan minda anak-anak kita?Fikir-fikirkan. Penerbit atau penulis skrip di Malaysia mungkin dah boleh membuat pelbagai variasi drama yang mempunyai keseimbangan dari segi aksi,cinta,kekeluargaan dan pelbagai genre lain. Itu pandangan aku. Mohon jangan kecam aku sekadar memberi pandangan. Ha Ha


orang kata cerita ni klise?

Ni macam best

Aku belum berkesempatan nak tengok

Ni best. Ha ha ha

hmm.. Layan la


DRAMA KOREA

Aku berkecimpung dalam dunia drama korea ni sejak umur belasan tahun rasanya ke bawah daripada tu. Gituuu .Ha ha ha. Korean wave memang melanda pelbagai negara betul tak?? Tapi aku bukan golongan yang taksub sangat yer. Harap maklum. Mungkin waktu stage sekolah menengah aku memang sangat excited dengan lagu-lagu kpop. Sebab ada yang bagi. Dan aku masih ingat lagi aku adalah sumber buku E-pop waktu aku duduk asrama dulu. Ha ha ha. Hadui. Tapi sekarang aku dah tak layan dah lagu lagu k-pop. Tapi drama-drama korea memang aku layan.

Sebab apa aku layan? 

Sebab aku boleh nampak variasi cerita-cerita dieorang. Ada pelbagai genre seperti kedoktoran, keusahawanan, aksi, jenayah, kehakiman dan sebagainya. Korang boleh pilih nak genre apa. Walaupun genre sesuatu cerita tu adalah aksi, tapi banyak juga drama korea yang memasukkan elemen cinta. Sama je macam Drama Melayu. Cuma, perkembangan watak itu sendiri yang menjadikan cerita itu menarik. Sebagai contoh drama Hospital Ships. Cerita ni mengisahkan seorang doktor bedah yang sangat bagus tapi walaupun dia hebat, dia tetap tak dapat menyelamatkan mak dia sendiri. Cerita ni masih lagi ada unsur kekeluargaan dan cinta. Doktor tu nanti bercinta dengan seorang lagi doktor yang lain. Tetap ada unsur cinta tapi masih lagi ada lagi unsur karier yang padu yang boleh kita nampak. Doktor tu bedah orang, selamatkan orang.

Aku pun tak dapat nafikan ada jugak cerita-cerita korea ni yang tak logik macam robot yang sebiji macam manusia.  Ha ha ha. Mungkin ada segelintir yang cakap penonton Malaysia mana suka cerita-cerita macam ni. Kena tengok demand penonton jugak. Hmm. Tak buat lagi drama-drama macam ni. Mana nak tahu. Betul
Tak??Huhuhu.

Drama ni tengah hot sekarang. Pergi tengok

Drama pasal kedoktoran

Drama pasal peguam, hakim dan jenayah

Drama tentang watak ni ada split disorder ataupun penyakit DID. 


FILEM MALAYSIA

Memandangkan aku kerja dekat wayang, jadi aku memang sangat tabik dengan pencapaian industri perfileman Malaysia sekarang. Dekat sini aku boleh nampak ada filem-filem Malaysia yang dah hampir setanding dengan luar negara sebagai contoh Hantu Kak Limah, J-Revolusi, KL Special Force, Polis Evo, Paskal. Filem-filem diatas masih ada unsur cinta tapi tidak berlebihan namun masih lagi rakyat Malaysia datang menonton sehingga pecah panggung. Mungkin elemen-elemen sebegini boleh diketengahkan untuk slot drama.

KONKLUSI

 Jujur, ini adalah pandangan peribadi aku. Mohon maaf sekiranya pandangan aku mengguris hati. Mungkin ada banyak benda yang masih kita tak ketahui di pihak penerbit drama. Cuma apa yang aku harapkan tak kiralah korang tengok drama korea atau drama melayu, sila ambil pengajaran dalam setiap cerita. Ambil yang positif untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jangan tengok sekadar tengok Je.Hu Hu








Kalau korang ada masa boleh lawat ke instagram aku di NSNBOOKSTORE untuk tengok planner dan buku menarik yang aku jual
Kalau korang minat dengan penjagaan muka dan natural skincare, korang boleh singgah di IG maryjardin_nursuhaila sebab dekat situ ada jual skincare Malaysia tapi hasilnya seperti guna skincare oversea!

Saturday, January 5, 2019

MARY JARDIN Produk Malaysia? Siapa Founder Produk Mary Jardin?

Assalamualaikum W.B.T

Berjumpa lagi kita dientri yang baru. :D

Kali ni kita nak buat slot bincang2 bisnes. Huhu. Memandangkan azam tahun baru nak menjana pendapatan sampingan jadi saya nak introduce la sikit produk yang sedang saya jual ni. Sebenarnya
agak lama juga saya buat keputusan untuk jadi agent Mary Jardin ni. Sebabnya, saya nak pastikan yang saya betul2 commit dengan bisnes ni. Saya tak nak dah buat separuh jalan. Setelah berfikir masak2, saya pun terus jadi agent. So here we go..

PENGENALAN KEPADA MARY JARDIN



Mungkin ada yang masih belum mengenali produk Mary Jardin ni. Mary Jardin adalah peneraju dalam jenama penjagaan kulit organik dan semulajadi di Malaysia. Produk ini memberi inspirasi kepada wanita untuk meneroka keindahan alam semulajadi. Ia diasaskan oleh doktor perubatan iaitu Dr Maryam Aziz yang merupakan peminat kecantikan semulajadi. Mary Jardin dengan cepat membina reputasi Dr. Maryam Aziz sebagai trailblazer kecantikan dengan kepakaran, inovasi, dan semangat keusahawanannya.

Mary Jardin bangga menggabungkan alam dan sains untuk mencipta perincian produk yang bermutu tinggi. Produk ini membawa anda kepada penjagaan kulit dan kosmetik yang selamat, berkesan dan mewah namun berpatutan.

Di Mary Jardin kita meletakkan kepercayaan dalam alam untuk memberikan kita yang terbaik dalam penjagaan kecantikan. Kami meletakkan kepercayaan kepada wanita untuk mengekspresikan diri mereka dan mewujudkan kecantikan semulajadi yang luar biasa. Mary Jardin didedikasikan untuk kesihatan, kecergasan dan kecantikan kulit anda. Walaupun produk ini semakin mendapat tempat dihati peminat produk secara semulajadi, tetapi saya yakin bahawa kualiti Mary Jardin masih dalam keadaan terbaik. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan premium dalam produk Mary Jardin.

SIAPA FOUNDER MARY JARDIN?

Ramai yang bertanya betul ke founder produk ini adalah wanita? YA TEPAT SEKALI. Nampak tak hebatnya seorang wanita. Saya pun berharap suatu hari nanti saya akan sukses seperti beliau. InshaAllah.



Hi I am Dr Maryam Aziz the founder of Mary Jardin. I am a medical doctor. I graduated from International Islamic University Malaysia in 2011 with an MBBS (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery). I worked in a hospital and few clinics for 5 years before I decided to resign and founded Mary Jardin. 
I love anything that is related to natural beauty. I had experience working in Dermatology Clinic and aspire to be an aesthetician. I dream of opening my own aesthetic centre. 
My goal as the founder of Mary Jardin is to help all woman to enjoy the luxury of natural skincare and cosmetics. My passion is to help and empower women in their lives and make them feel confident. 
I started Mary Jardin in 2016 from home. I formulated them myself and produced them in my own kitchen. Before a year came to an end, we already had our own GMP certified factory which we call Mary Jardin Production HouseI got married when I was in my 3rd year of medical school and gave birth to my eldest son when I was in final year. I am a proud mother of 2 boys and a happy wife to a very charming and caring husband πŸ™‚ 
I love cooking, baking, and crafting. I also love sewing and gardening. Oh I enjoy pretty much everything that is related to home and nature.  That is why I love Mary Jardin because it is handcrafted with love πŸ™‚
I hope you love and enjoy it too!
Petikan diatas adalah daripada Dr Maryam di Website MARY JARDIN. Walaupun saya tak mengenali beliau secara peribadi, tetapi saya dapat lihat kesungguhan beliau untuk membantu kaum Hawa khasnya. Semoga Allah S.W.T merahmati usaha beliau ini πŸ™‚

PRODUK-PRODUK MARY JARDIN

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi saya nak perkenalkan korang dengan produk-produk Mary JardinπŸ™‚

SKINCARE


BB CushionLiquid FoundationLip Matte
BODY CARE
Handmade Himalayan Pink Salt Body ScrubLavender Rose Face Mist for sensitive skinMoisturizing Hand & Body Lotion for Dry SkinHydrating Lip Butter for Dry Lips
BABY CARE
Honey& Olive Baby Bedtime BalmHoney& Olive Baby Bug Repellent BalmHoney& Olive Baby Cough Cold BalmHoney& Olive Baby Tummy BalmHoney& Olive Baby Diaper CreamHoney and Olive Baby Set with Bubble Bath

BEAUTY FOOD
[VALUE TWIN PACK] ASTACERA-COL COLLAGEN DRINK3 in 1 Astacera-Col Collagen DrinkOxivit Antioxidant Drink (Energy Booster)[VALUE TWIN PACK] PEA PROTEIN+ASTACERA-COL[VALUE TWIN PACK] PEA PROTEIN WITH MULTIVITAMIN DRINK POWDER PEA PROTEIN WITH MULTIVITAMIN DRINK POWDER
HIJAB SHAWL
CHOCOVILLE COOKIES
Hah.. Menarik kan?? so, kalau ada yang berminat untuk tahu bolehlah pm suhaila di 0177467741 ataupun boleh klik maryjardin_nursuhaila





Thursday, January 3, 2019

JOM MULA TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT!!

Assalamualaikum semua!!!



SELAMAT TAHUN BARU 2019!!!

Masih tak terlambat kan nak ucap?? HuHu. Btw, macam mana selepas 2 hari di tahun baru? Masih bermalas-malasan ke atau dah bersemangat untuk melakukan perubahan yang positif?? Huhu. Suhaila kat sini nak mendoakan semua sentiasa bersemangat dan terus bangkit! Fighting!!

Jadi harini aku dah membuktikan bahawa aku telah berjaya mengatasi kemalasan dan mengantuk aku dengan keluar berjalan kaki dan menghirup udara segar di pagi hari. YEAH!! Harap kerajinan aku semakin bertambah la ye. Semalam balik kerja pukul 2 pagi, pastu mandi bukak instagram, youtube, dan segala macam sosial media sampai la ke pukul 3 pagi. Tapi nak kata Allah S.W.T tu mengkehendakkan aku untuk bangun dengan segarnya, walaupun aku tidur 3 jam je tetap aku bangun. Hebat kan kuasa Allah S.W.T?? . Jadi, pesanan aku di pagi hari ini, bersandarlah kepada Allah S.W.T. Kadang2 kita selalu kecewa bila mana kita dah rancang sesuatu tapi tak jadi dan kita terus malas nak buat. Please jangan mudah putus asa yer kawan2. Aku pun sambil menasihatkan diri aku sendiri ni. Hu Hu. Teruskan bermotivasi. Kalau korang rasa hilang semangat, korang baca entri2 aku. Ha Ha Ha.

Hah. Lagi satu, korang nak tahu tak? Tadi pagi aku bangun, aku pun rasa la muka aku kan, perghh.. mulus gila weiii (puji diri sendiri) :D. Nak tahu tak rahsianya? Aku pakai Face Oil dan Serum daripada Mary Jardin! SERIUS ni x tipu ea. Aku promote ni bukan sebab aku ejen je tau tapi sebab produk ni memang terbaik. Aku takda la nak kata produk ni berkesan seawal 3 hari cam produk lain2. Sebab aku dah guna produk ni lama dah. Bila aku tengok berkesan, baru aku try untuk jadi ejen. huhu. Kalau korang berminat boleh lah jengah2 dekat insta aku SuhailaMaryJardin



Friday, December 28, 2018

MEMORI 2018: BROMO DI SURABAYA, BISNES MARY JARDIN DAN NSN BOOKSTORE

Assalamualaikum semua.. :)


Alhamdulillah Suhaila sekali lagi telah merajinkan diri untuk membuat entri di blog ni. Hu Hu.
So, apa yang aku nak cerita harini erk??

HMM..

Ha ha ha. Memandangkan lagi beberapa hari lagi nak bakal memasuki 2019, jadi aku nak kongsi sikit la kisah suka duka aku pada tahun 2018 ni. Haa.. Nak tahu tak?? Kalau korang tak nak tahu pun aku tetap nak cerita jugak. Hi Hi Hi.

Al kisah 2018 memang banyak la memorinya. Memandangkan tahun 2018 ni pun aku rasa cepat sangat masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat. Kwang Kwang Kwang. Tapi tak apa. Hidup perlu diteruskan.

Sebenarnya banyak lagi benda2 atau yang aku rangkumkan sebagai sebuah impian masih belum tercapai. Tapi tak semua la yang tak tercapai ada jugak yang tercapai. Haha.

IMPIAN AKU YANG DAH TERCAPAI

Nak Travel Luar Negara

Alhamdulillah, berkat usaha gigih aku simpan duit, dapat la aku melancong ke luar negara tahun 2018 ni. Ala, tak jauh mana pun. Negara sebelah kita iaitu Indonesia. Tapi aku pergi Surabaya. Best gila wei. Aku dapat pergi gunung Bromo yang terkenal dengan gunung berapi yang masih aktif tu. kalau ikut perancangan aku nak jumpa staff aku kat sana. Dia buat intern kat sana. Dah alang2 nak jumpa kan aku pun mengambil kesempatan berjalan jalan di negara orang. Kawasan pergunungan Bromo tu sejuk yang amat. Kalau korang teringin nak pergi Surabaya korang bolehlah pergi Bromo. Aku macam nak buat entri pasal pergi Bromo ni. Tapi tengoklah macam mana yer.. Huhu.

Belanja gambar sikit..HiHi

Ni la tangga nak naik gunung tu. Tinggi wei, mengah nak naik..Haha

Cantik kan?..Sejuk giler time ni
ACM Wannabe

Alhamdulillah, Hasrat aku nak naik ACM dalam tempoh 2 tahun tercapai jugak. Tak Sangka, Allah S.W.T tu sangat2 permudahkan perjalanan karier aku. ACM tu ape? ACM tu Assistant Cinema Manager. Aku kan hakak wayang..Sekarang baru ACM in training..Doakan aku supaya tak mudah patah semangat yer. Sebab sekarang pun rasa macam dah stress.Haha.Aku target nak simpan duit banyak2. jadi ACM 3 tahun pastu aku berhenti kerja..hahha. Hah sekarang ada cerita Aquaman dengan Bumblebee kat wayang. G serbu beramai-ramai. 

Disebabkan position aku dah naik, aku pun kenalah transfer ke location yang baru iaitu di Cyberjaya. Balik jadi orang Selangor semula. Hu Hu. Aku ingat lagi waktu aku baru transfer 4 hari kat cyber ni aku diuji iaitu aku kena ragut dalam perjalanan dari rumah sewa lama dekat wangsa maju nak balik ke rumah sewa baru aku. Rasa macam nak nangis wei tapi airmata tu tak boleh nak keluar. Sampai sekarang trauma tu ada lagi, kalau ada motor yang lalu sebelah aku mesti aku cepat2 tengok. jantung memang dup dap dup dap la apa lagi. Jadi, nasihat aku berhati2 la kalau memandu, jangan letak beg dekat dalam bakul, kalau boleh beg dompet barang2 penting letak kat bwah seat motor ke ataupun dalam kocek sweater ke. Aku doakan peragut yang ambil beg aku tu diberikan hidayah dan tak buat lagi. Akhir kata, aku rindu phone aku yang hilang tu wei.huwargghhhh

Last Day jadi Supervisor


Cuba cari bakal jodoh saya. Ha ha. Gurau

Buat Bisnes Online

Hah. Ni pun benda yang menarik nak aku ceritakan. Aku memang minat bisnes2 ni. Tapi macam biasa habit suhaila yang sangat malas ni menyebabkan semua tergendala. Ha ha. Dah akhir tahun baru nak start buat bisnes. Sebelum ni aku ada buat bisnes gak, bisnes Simkad Tone Excel. Tapi suam2 kuku jela sebab aku pun tak berapa nak promote sangat. Tapi aku still guna lagi simkad tu sebab aku boleh collect point. Point tu aku boleh tukar jadi Big Point. Pastu leh redeem Tiket Flight. Aku kan nak travel.. HuHu. Setiap beberapa bulan aku pun dapat pulangan duit dalam bank. Sebab apa? Sebab setiap kali aku top up aku akan dapat pulangan balik 10% dan kalau dah cukup Rm30 Tone Group akan masukkan dalam akaun. Menarik Kan? Sekarang ni Dah ada Tone WoW plak. Yang ni aku tak berapa pasti.

Bisnes baru aku sekarang adalah bisnes Mary Jardin dan NSN Bookstore. Basically, aku join jadi ejen Mary Jardin ni sebab aku dah lama guna produk ni.Housemate lama aku yang kenalkan. Memang sesuai la dengan kulit muka aku. Lagipun produk Mary Jardin ni guna bahan semulajadi. Siapa siapa yang berminat boleh lah Pm aku atau pergi kat Instagram maryjardin_nursuhaila

Ni La Die..


Lagi satu adalah NSN Book Store. Hah..aku buat sebab aku ni peminat buku tegar. Ha ha Ha. Cuma akhir2 ni aku memang jarang baca buku. Yang ni aku dropship je. Aku ambil buku daripada Sahabat AT- Taqwa. Aku jual macam2 jenis buku, planner dan Al-Quran Tagging. Ni salah satu usaha aku untuk saham dunia dan akhirat la. Doakan aku yer. Kalau nak tengok boleh klik NSN BOOKSTORE atau INSTANSNBOOKSTORE







Sekarang Tgh PROMO. om Grab!!


IMPIAN YANG TAK TERCAPAI

Kalau kat atas tu adalah impian2 yang tercapai. Lagi banyak list2 impian yang tak tercapai aku. Hahaha

Antaranya 

Nak Kurus
Nak Kurus
Nak Kurus

HikHikHik. Semoga hajat aku untuk kurus tercapai tahun 2019 yer. Tahun 2018 punya impian yang tak tercapai aku tak nak coretkan disini sebab macam banyak sangat je. Haha. Cuma aku harap tahun 2019 hidup aku lebih dipenuhi dengan perkara2 yang indah, dikelilingi oleh orang2 yang baik, dan menjadikan aku insan yang lebih matang dan tabah menghadapi liku2 kehidupan yang mendatang.

Terima kasih kepada Allah S.W.T sebab masih memberi ruang untuk aku bernafas di bumi ini. Terima kasih untuk semua insan yang mewarnai hari2 aku pada tahun 2018. Terima kasih ujian dan dugaan yang datang yang menjadikan aku lebih matang dan berusaha untuk lebih berjaya dan bahagia.

SELAMAT DATANG 2019!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/