Skip to main content

MEMORI 2018: BROMO DI SURABAYA, BISNES MARY JARDIN DAN NSN BOOKSTORE

Assalamualaikum semua.. :)


Alhamdulillah Suhaila sekali lagi telah merajinkan diri untuk membuat entri di blog ni. Hu Hu.
So, apa yang aku nak cerita harini erk??

HMM..

Ha ha ha. Memandangkan lagi beberapa hari lagi nak bakal memasuki 2019, jadi aku nak kongsi sikit la kisah suka duka aku pada tahun 2018 ni. Haa.. Nak tahu tak?? Kalau korang tak nak tahu pun aku tetap nak cerita jugak. Hi Hi Hi.

Al kisah 2018 memang banyak la memorinya. Memandangkan tahun 2018 ni pun aku rasa cepat sangat masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat. Kwang Kwang Kwang. Tapi tak apa. Hidup perlu diteruskan.

Sebenarnya banyak lagi benda2 atau yang aku rangkumkan sebagai sebuah impian masih belum tercapai. Tapi tak semua la yang tak tercapai ada jugak yang tercapai. Haha.

IMPIAN AKU YANG DAH TERCAPAI

Nak Travel Luar Negara

Alhamdulillah, berkat usaha gigih aku simpan duit, dapat la aku melancong ke luar negara tahun 2018 ni. Ala, tak jauh mana pun. Negara sebelah kita iaitu Indonesia. Tapi aku pergi Surabaya. Best gila wei. Aku dapat pergi gunung Bromo yang terkenal dengan gunung berapi yang masih aktif tu. kalau ikut perancangan aku nak jumpa staff aku kat sana. Dia buat intern kat sana. Dah alang2 nak jumpa kan aku pun mengambil kesempatan berjalan jalan di negara orang. Kawasan pergunungan Bromo tu sejuk yang amat. Kalau korang teringin nak pergi Surabaya korang bolehlah pergi Bromo. Aku macam nak buat entri pasal pergi Bromo ni. Tapi tengoklah macam mana yer.. Huhu.

Belanja gambar sikit..HiHi

Ni la tangga nak naik gunung tu. Tinggi wei, mengah nak naik..Haha

Cantik kan?..Sejuk giler time ni
ACM Wannabe

Alhamdulillah, Hasrat aku nak naik ACM dalam tempoh 2 tahun tercapai jugak. Tak Sangka, Allah S.W.T tu sangat2 permudahkan perjalanan karier aku. ACM tu ape? ACM tu Assistant Cinema Manager. Aku kan hakak wayang..Sekarang baru ACM in training..Doakan aku supaya tak mudah patah semangat yer. Sebab sekarang pun rasa macam dah stress.Haha.Aku target nak simpan duit banyak2. jadi ACM 3 tahun pastu aku berhenti kerja..hahha. Hah sekarang ada cerita Aquaman dengan Bumblebee kat wayang. G serbu beramai-ramai. 

Disebabkan position aku dah naik, aku pun kenalah transfer ke location yang baru iaitu di Cyberjaya. Balik jadi orang Selangor semula. Hu Hu. Aku ingat lagi waktu aku baru transfer 4 hari kat cyber ni aku diuji iaitu aku kena ragut dalam perjalanan dari rumah sewa lama dekat wangsa maju nak balik ke rumah sewa baru aku. Rasa macam nak nangis wei tapi airmata tu tak boleh nak keluar. Sampai sekarang trauma tu ada lagi, kalau ada motor yang lalu sebelah aku mesti aku cepat2 tengok. jantung memang dup dap dup dap la apa lagi. Jadi, nasihat aku berhati2 la kalau memandu, jangan letak beg dekat dalam bakul, kalau boleh beg dompet barang2 penting letak kat bwah seat motor ke ataupun dalam kocek sweater ke. Aku doakan peragut yang ambil beg aku tu diberikan hidayah dan tak buat lagi. Akhir kata, aku rindu phone aku yang hilang tu wei.huwargghhhh

Last Day jadi Supervisor


Cuba cari bakal jodoh saya. Ha ha. Gurau

Buat Bisnes Online

Hah. Ni pun benda yang menarik nak aku ceritakan. Aku memang minat bisnes2 ni. Tapi macam biasa habit suhaila yang sangat malas ni menyebabkan semua tergendala. Ha ha. Dah akhir tahun baru nak start buat bisnes. Sebelum ni aku ada buat bisnes gak, bisnes Simkad Tone Excel. Tapi suam2 kuku jela sebab aku pun tak berapa nak promote sangat. Tapi aku still guna lagi simkad tu sebab aku boleh collect point. Point tu aku boleh tukar jadi Big Point. Pastu leh redeem Tiket Flight. Aku kan nak travel.. HuHu. Setiap beberapa bulan aku pun dapat pulangan duit dalam bank. Sebab apa? Sebab setiap kali aku top up aku akan dapat pulangan balik 10% dan kalau dah cukup Rm30 Tone Group akan masukkan dalam akaun. Menarik Kan? Sekarang ni Dah ada Tone WoW plak. Yang ni aku tak berapa pasti.

Bisnes baru aku sekarang adalah bisnes Mary Jardin dan NSN Bookstore. Basically, aku join jadi ejen Mary Jardin ni sebab aku dah lama guna produk ni.Housemate lama aku yang kenalkan. Memang sesuai la dengan kulit muka aku. Lagipun produk Mary Jardin ni guna bahan semulajadi. Siapa siapa yang berminat boleh lah Pm aku atau pergi kat Instagram maryjardin_nursuhaila

Ni La Die..


Lagi satu adalah NSN Book Store. Hah..aku buat sebab aku ni peminat buku tegar. Ha ha Ha. Cuma akhir2 ni aku memang jarang baca buku. Yang ni aku dropship je. Aku ambil buku daripada Sahabat AT- Taqwa. Aku jual macam2 jenis buku, planner dan Al-Quran Tagging. Ni salah satu usaha aku untuk saham dunia dan akhirat la. Doakan aku yer. Kalau nak tengok boleh klik NSN BOOKSTORE atau INSTANSNBOOKSTORE







Sekarang Tgh PROMO. om Grab!!


IMPIAN YANG TAK TERCAPAI

Kalau kat atas tu adalah impian2 yang tercapai. Lagi banyak list2 impian yang tak tercapai aku. Hahaha

Antaranya 

Nak Kurus
Nak Kurus
Nak Kurus

HikHikHik. Semoga hajat aku untuk kurus tercapai tahun 2019 yer. Tahun 2018 punya impian yang tak tercapai aku tak nak coretkan disini sebab macam banyak sangat je. Haha. Cuma aku harap tahun 2019 hidup aku lebih dipenuhi dengan perkara2 yang indah, dikelilingi oleh orang2 yang baik, dan menjadikan aku insan yang lebih matang dan tabah menghadapi liku2 kehidupan yang mendatang.

Terima kasih kepada Allah S.W.T sebab masih memberi ruang untuk aku bernafas di bumi ini. Terima kasih untuk semua insan yang mewarnai hari2 aku pada tahun 2018. Terima kasih ujian dan dugaan yang datang yang menjadikan aku lebih matang dan berusaha untuk lebih berjaya dan bahagia.

SELAMAT DATANG 2019!!





Comments

iam.umifuzy said…
tahniah dah jadi ACM..

salam kenal dari www.umifuzy.com

Popular posts from this blog

BIODATA AHLI KUMPULAN 2PM

assalamualaikum...korg sehat x ??/ hari ni mood korea aku dah dtg..hahha..beast aku dah cer..u-kiss aku dah cer..la ni aku nak knlkan korg dgn aku punye favourite boy group korea..nak tau??mereka adalah 2PM!!!..argh...bile dieorg nak datang malaysia erk..harap2 dapat pergi..hahha baru2 ni dieorg tgh promosikan album baru die dgn lagu single dieorg iaitu HAND UP..lagu tu sgt best.

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!

Assalamualaikum semua Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku. buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA. Hah..ada sapa yang dah baca belum?? Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.  Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la. Nampak Sweet kan?? Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan du