Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

MERDEKA CONTEST 2017 BY SUHAILA SELLAGINELLA

Assalamualaikum..! Hai readers semua! Anda sihat? Ceria? Bahagia? Hahah. Kalau Semua tu betul. Alhamdulillah. Tapi kalau ada yang sedih2 tu diharapkan supaya bersabar dan cuba senyum. Memandangkan harini Suhaila Sellaginella sangat bergembira, jadi saya ingin mewar2kan kepada anda semua yang saya akan buat contest MERDEKA!! Malaysia kan bakal menyambut kemerdekaan yang Ke-60, jadi saya pun nak meraikan bersama2 dengan membuat contest merdeka ni!! HADIAH LUMAYAN TAU!!!! Contest ni macam mana yer?? Senang je.  1. Korang kena buat satu entri di blog @ post gambar@video di laman sosial anda sama ada di facebook, instagram dan youtube yang menunjukkan semangat kemerdekaan anda dan semangat cintakan negara Malaysia. 2. Entri @ gambar @ video mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan dimana laman sosial ataupun surat khabar. Buat sekreatif yang mungkin sebab saya tak gunakan random.org. Saya guna juri yang arif. Huhu 3. Anda Wajib Follow Soc

BAD GENIUS MOVIE REVIEW: TERBAIK!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T Hai Semua!!  Harini aku kerja pagi dan sempatlah aku menghupdate sedikit sedikit blog aku yang agak bersawang ni.. Yihaaa!! Seperti biasa kalau aku kerja pagi, aku akan masuk pukul 9.00 pagi dan balik lebih kurang pukul 5.00 ptg atau lebih2 sikit la. Memang best kerja waktu pagi ni sebab al maklumlah kalau kita kerja pagi boleh lah nampak cahaya matahari sikit. Dapat menghirup udara segar di ruangan udara Selangor ni.. Haha. Nak dijadikan cerita, lepas habis kerja aku pun bermalas-malasan untuk pulang ke rumah, ditambah pulak ada staff dan rakan sekerja aku kata hujan dekat luar. So, aku pun mengambil kesempatan untuk tengok wayang. Hahah. Nama je kerja tempat wayang tapi tengok movie semua lambat. So, aku decide untuk tengok cerita Bad Genius. Kenapa Bad Genius?? So far, sambutan untuk cerita Bad Genius ni sangat menggalakkan. Sale location aku mencanak2 naik lepas cerita ni naik. Kalau korang nak tahu cerita ni adalah cerita THailand dan berda

DONT EVER GIVE UP!

Assalamualaikum W.B.T Hai semua readers!! Seperti telah lama sangat yer hamba yang bernama Suhaila ni tidak menulis. Ha Ha Ha. Actually, idea tu ada cuma mampu ditulis difikiran sahaja. Kadang rasa macam fefeeling artis je cam takde masa padahal Allah tu bagi 24 jam sehari tuk buat macam2 kan. Tapi tulah manusia. Leka, alpa, bermalas-malasan je tahunye. Sama jugak macam aku. Lulzz. Malam ni aku nak buat entri motivasi sikit buat sesapa yang harini atau hari2 yang lepas malah untuk hari2 yang akan datang ada perasaan sedih, kecewa, putus asa, nak nangis dan sebagainya. Actually, aku nak menenangkan hati aku sebenarnya. Tapi tak luak pun kan kalau aku kongsi kata2 motivasi kat korang2 diluar sana yang ada hati kacau gundah gulana macam aku ni kan. ngeh ngeh ngeh LETS PROCEED! So, macam mana aku nak start motivate ni erk?? haha.. hai la suhaila. Time tengah buat entri ni la baru kau nak cari idea. Haha. Berbalik kepada tajuk entri aku which is don't ever give up.