Wednesday, May 4, 2016

Akak wayang jadi Buddy Trainer!!

Assalamualaikum...
Hye readers!!,😄😄
Hmm..dipagi yang indah ni aku menulis entri. Seakan tak percaya wei..hahahah

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar yang Allah S.W.T ciptakan ni.

Ok, ape erk aku nak tulis dalam entri ni??? Hahha..ok2 baru aku ingat..hmm actually aku nak cerita pasal pekerjaan aku di wayang..yup aku adalah akak wayang. Yang duk buat popcorn,koyakkan tiket kat tearing point, suggest cerita2 best kat panggung, suggest combo promotion yang super duper "murah" tu. Ya. Itu pekerjaan aku..kihkihkih 😂😂😂.

It is not an easy task ok. Memang la uolls nampak senang je, panggil customer,customer dah beli, cakap terima kasih..wow wow wow.. kalau lah sesenang seperti itu, aku la orang yang paling heaven. Kalau korg nak tahu, peel customer yang nak g wayang ni macam2.. nantila aku ceritakan kat entri akan datang. Tungguuuu..

The important part yang aku nak cerita sebenarnya adalah aku dah jadi buddy trainer!!! Huhuhu..Alhamdulillah. setelah hampir 2 tahun duk keje kat sini, aku dinaikkan pangkat. Tapi tulah, tanggungjawab pun makin banyak. Kena ingat tu suhaila.💪💪

Mungkin, ramai yang akan tanya aku, kenapa aku stay lama giler kat tgv ni.. hmm, payah gak aku nak jawab tapi jujur la aku jawab aku suka keje kat sini. Stress memang stress wei. Tapi nama pun kerja, kena hadap la benda tu.

"Kau keje wayang????? Kau degree holder kot!!!"

So??kalau aku degree holder aku tak boleh keje wayang??

Typical malay. So sad. Ada jugak yang tanya soalan macam tu. Dan aku pun selalu gak terfikir pasal benda tu. Dan akhirnya, aku pun putuskan bahawa aku yang pilih jalan aku, dan aku juga yang tentukan kehidupan aku. Bukan orang lain. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting aku kerja betul dan tak menyusahkan mak ayah aku.

Kadang2 rasa sebak gak bila mak ayah aku tanya,

Mak: " ela, kau memang nak keje kat situ sampai bila2 ke?"

Aku: ...........ntah..

Sori mak. Kadang2..ehh silap2..bukan kadang2 tapi selalu ikut apa yang aku fikir sesuai dengan aku. Tapi aku takda lah rebel sangat. Nasihat mak ayah aku ada gak aku ikut. Cuma tang kerja ni. Aku cuma mintak mak ayah aku doakan yang baik2 je untuk aku. Dan aku sangat happy sebab mereka mak dan ayah aku.. love you both of you babeyh. 💖💖💖💖

Ok la dah panjang aku berceloteh dan mungkin korang pun rasa muak dengan cerita aku. Dan harini start kerja sebagai buddy trainer. Hadui2..debor lak rasa..hahha. Big power comes with bog responsibilities. Korang doakan aku dapat jadi seorang buddy trainer yang sukses dan bertanggungjawab. Mana tahu cepat sikit naik supervisor. Hahhahaa..

Assalamualaikum 💖💖
💖suhailasellaginella💖

Tuesday, May 3, 2016

Kembali Menulis Lagi

Assalamualaikum.
Hai reader..huhuhu.. Entri ni sebenarnya di buat dikala aku tengah ada mood untuk menulis. Sebenarnya, perasaan malas yang menghantui diri aku ni adalah satu PENYEBAB utama aku berhenti buat entri. Haiihh.

Aku nak mengimbau kembali la saat aku start buat blog dulu.. Dengan serius aku cakap idea memang mencurah2.. nak2 pulak masa tu aku takda kerja pape. Lepas habis matrik. Hmm memang aku duduk menghadap laptop jela jawabnya. Dan terhasil karya2 aku yang tak berapa nak agung tu.hikhikhik

Tapi kan..bila aku baca balik entri2 aku yang lepas tu, aku terasa macam "aikk,suhaila ke yg tulis macam ni??" Hahhaa..

It ok la an. Atleast aku tulis untuk bagi manfaat dan sedikit ilmu untuk sapa2 yang tersinggah blog aku ni😄😄😄.

And right now, aku dah decide nak start balik berblogging and aku nak mantapkan balik cara penulisan aku. Mungkin tak seteror blogger2 yg lain tapi aku nak bawa satu informasi ataupun luahan peribadi(xdela peribadi sangat) melalui penulisan aku kat blog aku ni.

So, aku berharap sangat korang2 yang terbaca post aku kali ni, berdoalah aku akan terus menulis bukan hanya merangka idea difikiran sahaja..hikhik

Akhir kata, jam dah menunjukkan pukul 1 pagi ketika aku mengupdate post ni dan esok aku nak bekerja..yuhuhu..selamat malam gais.. see u soon in my latest entry..bye2..assalamualaikum

💖💖suhailasellaginella💖💖

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/