Saturday, November 22, 2014

BANJIR + KONVOKESYEN UMT: 30 NOV 2014




ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tak berblogging, harini memang feeling habis nak menulis..hahha..nak tahu sebab apa?? awat la hang x baca tajuk entri ni?? pasai tu la cheq semangat nak menulis ni!! hahha

Sememangnya bila berbicara pasal konvokesyen, sememangnya aku adalah orang yang teruja dan gembira..yela, mana taknya gembira pulun habis tiga tahun kot semata2 nak dapatkan segulung ijazah sarjana muda. Maunye tak happy (melompat2 depan laptop). walaupun aku bukan la pemegang siswazah kelas pertama tapi aku gembira sebab aku bergraduasi dengan 3.0 keatas. Tapi dalam gembira-gembira aku tetap ada sekelumit perasaan nak dapat pakai selempang emas time konvo nanti. Tapi nak buat camna Suhaila, kau x belajar betul2..hahah. Ralat memang ada tapi aku anggap ni sebagai satu permulaan untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Asalkan aku positif dan berusaha dengan lebih gigih untuk cari pekerjaan yang baik, aku yakin pointer bukan penghalang untuk kita capai apa yang kita mahukan dalam hidup ni!! (Ni Semangat yang kita mahu!!).

Memandangkan aku sangat gembira sebab nak konvo, jadi aku sangat pelik kalau ada yang tak gembira bahkan langsung taknak pergi majlis konvo tu. KENAPA? KENAPA? KENAPA?
Kalau sebab kekurangan duit untuk bayar duit konvo aku boleh pertimbangkan lagi. Tapi ada alasan yang tak tercapai di akal ku seperti:


  • Takda high heel nak pakai!! xnak pergi konvo!
  • Baju tak habis pilih la..semua macam tak lawa je..malas la nak konvo..
  • Membazir je gi Konvo..nak amik sijil je pun..
Hmmm..aku memang tak habis fikir. Sapa yang tak nak bergaya time konvo kan..Aku pun nak..tapi berpada-pada la..Jangan disebabkan kehendak kita yang tak dapat dipenuhi, kita tak pergi majlis. Mula-mula aku pun decide nak buat baju untuk konvo aku, tapi memandangkan duit gaji aku masuk seciput je sebab masuk keje pertengahan bulan dan aku malas nak mencelarukan kepala aku, jadi aku putuskan aku pakai je baju raya aku..hahah.. ok what?? tak payah nak pening-pening. Bak kata orang kalau dah cantik, pakai baju buruk camna pun tetap cantik. hahha. 

Kepada sesiapa yang rasa membazir tu, aku pun tak tahu nak cakap apa. tak mau komen. Tu semua pendapat masing-masing. Cuma bagi aku apalah salah kita meraikan satu hari yang mana kita dapat anugerah diatas titik peluh kita belajar selama beberapa tahun. kalau disebabkan taknak pergi sebab pointer rendah, apa yang kita perlu buat adalah muhasabah diri kita dan bersikap positif. Janganlah mudah mengalah dan berputus harapan sebab kita kena ingat kegagalan tu adalah SATU KEJAYAAN YANG TERTUNDA. 

Bercerita jugak pasal konvo diTerengganu ni. Aku pun sempat la tengok gambar2 kat laman sosial yang mana UMT mengalami banjir yang sangat teruk. Dekat bawah ni antara gambar yang aku ambil daripada beberapa pelajar umt.



 

memang agak teruk berbanding sebelum2 ni. Tapi alhamdulillah, banjir dah semakin surut kat UMT dan aku harap Konvokesyen UMT 2014 tak ditunda..hahhahah
Ok lah..sampai disini saja aku berceloteh panjang. InsyaAllah kalau aku ada rezeki aku bercerita pasal kerja part time aku pulak.. K bye.. Assalamualaikum
JOM KONGSI DI FACEBOOK

Thursday, October 9, 2014

JOM KITA DENGAR AUDIO

Assalamualaikum...

Harini aku malas nak tulis..huhuhu...kat bawah tu ade anak panah warna putih..korang klik kat situ untuk dengar aku berceloteh..hahahah...entri aku harini ada kat dalam audio ni...selamat mendengar!!!!





Saturday, August 9, 2014

KISAH AKU DAN BLOG

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua reader blog Suhaila Sellaginella...huhu..Masih belum terlambat lagi kan? Sekarang ni dekat mana2 meriah dengan majlis2 rumah terbuka..Hamboi..sedap gamaknye menjamu selera yer...tapi beringat-ingat jangan makan berlebihan...takut-takut penyakit pulak yang datang selepas raya...

Setelah berkurun lama su tak menulis, malam ni tetiba hati nak menulis..huhu.. kalau diingat semula start su buat blog masa lepas habis matrik..masa tu kemuncak zaman kawan2 semua ada blog.. su pun apa kurangnya nak la join sekaki.. macam-macam yang su kongsi..especially, pasal kawan-kawan su la..hahha..seingat tu su buat blog dulu sebab nak share apa yang su rasa dekat kawan-kawan su je..yela budak2 kan..bila kita tgk kawan kita happy bila kita cerita pasal dia, hati kita pun akan rasa happy..huhu..dan masa pun berlalu dari tahun ke tahun dan sedikit sebanyak su ada buat bermacam2 entri..sebagai satu pandangan peribadi su tentang sesuatu isu..dari penulisan kita mampu untuk membina diri kita menjadi seorang yang cakna tentang isu-isu semasa..hahah.. meskipun blog su ni hanya picisan, tapi su gembira sebab dalam blog ni la su boleh menulis apa yang bermain dalam fikiran su..tapi ingat kepada pembaca2, JANGAN MENYALAHGUNAKAN PENULISAN sebagai satu medium untuk membalas dendam, menyakitkan hati orang, mengutuk dan apa-apa jua yang tidak baik. Fikir secara terperinci tentang sesuatu entri yang kita nak pamerkan. Ada caranya untuk menulis secara berhemah.. Su pun masih lagi belajar untuk menulis entri yang lebih baik..Kita boleh menjadikan blog ni sebagai satu perkongsian yang bermanfaat kepada, tak kisahlah kita nak cerita pasal apa pun..dunia persekolahan kita ke, pengalaman kita ke, dan macam2 asalkan boleh memberi manfaat kepada kita dan juga orang lain.. :)


 

Friday, April 18, 2014

BENGKEL PENULISAN KREATIF BERSAMA AIMAN AZLAN

Assalamualaikum W.B.T..
Rasanya  dah terlalu lama tak menjengah blog saya ni. Mungkin sibuk. (ermm..mungkin la). Dan mungkin juga malas(alasan ni pasti!) .  Hahaha. Sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada pembaca blog su(ada ke yang membaca??), tapi tulah, banyak faktor yang mengganggu lagi- lagilah sekarang musim semester akhir..yang FYP, assignment lagi..hahahha..alasan tu semua..

Sebenarnya,entri yang saya buat ni sbb nak menceritakan satu program yang yg saya sertai. Al maklumlah, dah nak habis ni..lepas ni dah x duduk kat university lagi. Program tersebut adalah program bengkel penulisan kreatif bersama Aiman Azlan!!

Beberapa hari sebelum tu, saya adalah kecoh2 kat hostel cakap Aiman Azlan nak datang dan akhirnya ada geng nak pergi sekali..hahahha..suka x terkata(mata bercahaya) sebab sebelum ni saya selalu baca blog beliau and tgk vlog beliau dan sekarang saya boleh mendengar input2 berguna secara live..hahah(gelak lagi).

Dalam bengkel tu ada dihuraikan tentang sedikit sebanyak perkara dalam bidang penulisan dan cara macam mana kita nak dapat idea menulis. Antara yang sempat saya tulis beberapa perkara adalah:
  1. Aktifkan minda kita. Gunakan minda kita ini kalau tak kita akan kehilangan.
  2. Jangan pernah merendahkan(underestimate) diri kita
  3. If  you don’t have an idea, write about it( I like this.. :D)
  4. Put the fingerprint in writing. Cari identiti sendiri di dalam penulisan kita.
  5. Learn to accept criticsm
  6. Filter it out the idea
  7. It’s ok to make mistake and learn from that mistake
  8. Cara menulis Aiman Azlan.
  9. Setiap idea yang terlintas dalam fikiran kita. Tuliskan dalam nota, laptop.
  10. Comfortable to share.
  11. Bila public speaking, jangan nampakkan pada orang yang kita nervous
  12. Kita boleh pencilkan diri kita untuk mendapatkan idea
  13. Publish your idea.

Tu adalah antara yang dapat saya tulis dan sebenarnya banyak lagi ilmu yang dapat saya perolehi dan merupakan satu peluang yang baik untuk siapa yang suka dalam bidang penulisan. Saya memang sangat berterima kasih kepada UMT sebab mendatangkan Aiman Azlan ke sini dan gaya penyampaian beliau yang santai memang sangat best!! Dan yang paling penting saya rasa saya dah dapat satu inspirasi untuk lebih berjaya dalam setiap bidang yang saya ceburi.



 p/s: next post: Entri forum with Diana Amir :D
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/