Setelah sekian lama tak berblogging, harini memang feeling habis nak menulis..hahha..nak tahu sebab apa?? awat la hang x baca tajuk entri ni?? pasai tu la cheq semangat nak menulis ni!! hahha
Sememangnya bila berbicara pasal konvokesyen, sememangnya aku adalah orang yang teruja dan gembira..yela, mana taknya gembira pulun habis tiga tahun kot semata2 nak dapatkan segulung ijazah sarjana muda. Maunye tak happy
Memandangkan aku sangat gembira sebab nak konvo, jadi aku sangat pelik kalau ada yang tak gembira bahkan langsung taknak pergi majlis konvo tu. KENAPA? KENAPA? KENAPA?
Kalau sebab kekurangan duit untuk bayar duit konvo aku boleh pertimbangkan lagi. Tapi ada alasan yang tak tercapai di akal ku seperti:
- Takda high heel nak pakai!! xnak pergi konvo!
- Baju tak habis pilih la..semua macam tak lawa je..malas la nak konvo..
- Membazir je gi Konvo..nak amik sijil je pun..
Hmmm..aku memang tak habis fikir. Sapa yang tak nak bergaya time konvo kan..Aku pun nak..tapi berpada-pada la..Jangan disebabkan kehendak kita yang tak dapat dipenuhi, kita tak pergi majlis. Mula-mula aku pun decide nak buat baju untuk konvo aku, tapi memandangkan duit gaji aku masuk seciput je sebab masuk keje pertengahan bulan dan aku malas nak mencelarukan kepala aku, jadi aku putuskan aku pakai je baju raya aku..hahah.. ok what?? tak payah nak pening-pening. Bak kata orang kalau dah cantik, pakai baju buruk camna pun tetap cantik. hahha.
Kepada sesiapa yang rasa membazir tu, aku pun tak tahu nak cakap apa. tak mau komen. Tu semua pendapat masing-masing. Cuma bagi aku apalah salah kita meraikan satu hari yang mana kita dapat anugerah diatas titik peluh kita belajar selama beberapa tahun. kalau disebabkan taknak pergi sebab pointer rendah, apa yang kita perlu buat adalah muhasabah diri kita dan bersikap positif. Janganlah mudah mengalah dan berputus harapan sebab kita kena ingat kegagalan tu adalah SATU KEJAYAAN YANG TERTUNDA.
Bercerita jugak pasal konvo diTerengganu ni. Aku pun sempat la tengok gambar2 kat laman sosial yang mana UMT mengalami banjir yang sangat teruk. Dekat bawah ni antara gambar yang aku ambil daripada beberapa pelajar umt.
memang agak teruk berbanding sebelum2 ni. Tapi alhamdulillah, banjir dah semakin surut kat UMT dan aku harap Konvokesyen UMT 2014 tak ditunda..hahhahah
Ok lah..sampai disini saja aku berceloteh panjang. InsyaAllah kalau aku ada rezeki aku bercerita pasal kerja part time aku pulak.. K bye.. Assalamualaikum

Comments