Tuesday, December 20, 2016

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!


Assalamualaikum semua

Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku.

buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA.


Hah..ada sapa yang dah baca belum??

Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI. 
Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la.

Nampak Sweet kan??

Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan dua hati yang sah ikatannya dan menunjukkan bahawa walaupun tidak bercinta bertahun2 tapi mereka dapat membina keluarga yang bahagia.

Lagi satu yang menarik tentang buku ni adalah Azlan Andi ni menceritakan kisah pengalaman beliau mengembara ke negara orang. Agak detail jugak beliau cerita sampai aku rasa sangat excited dan aku rasa aku nak sangat pergi kat tempat2 yang beliau sudah pergi tu.huhuhu

ILMU YANG AKU PEROLEH DARI BUKU BINIKU NINJA


  • Niat Kerana Allah S.W.T
    • Apa-apa yang kita lakukan adalah berdasarkan niat. Semua perbuatan kita, kita niat hanya Kerana Allah S.W.T. InshaAllah semua akan dipermudahkan
  • Restu Ibu Bapa Penting
    • Dalam buku ini Azlan Andi menceritakan bahawa isterinya(Sabatini Dzue) meminta beliau untuk bertanyakan walinya iaitu ayah beliau sekiranya Azlan betul2 ingin memperisterikannya.
  • Travel 
    • Buku beliau banyak menceritakan kisah pengembaraan mereka berdua yang sangat menyeronokkan
    • banyak benda yang boleh diperolehi daripada mengembara ni selain dapat melihat negara orang lain, kita juga dapat tadabbur alam dan melihat seni bina mereka yang menarik yang lain daripada Malaysia
Tertarik x??
huhu..kalau anda berminat bolehlah dapatkan dikedai2 buku yang berdekatan anda!!


JOM KONGSI DI FACEBOOK

Thursday, December 1, 2016

MUJARABNYA MINYAK HERBA ASMAK!!



Assalamualaikum semua..

Anda mencari minyak yang boleh merawat segala macam penyakit?
Hilangkan penyakit Asma?
Melegakan lenguh2 badan?






 Harini Suhaila nak bercerita tentang manfaat satu jenis minyak ni. Nak tahu minyak apa?
Minyak tu adalah Minyak Herba Asmak Mujarab.




Pengenalan Minyak Herba Asmak Mujarab

Minyak Herba Asmak Mujarab ini adalah edaran Syarikat MHAM Sdn. Bhd. Minyak ini juga telah menjalani proses R&D dan dalam proses mendapatkan kelulusan KKM. Isi kandungannya adalah 30ml tapi dengan sebotol minyak herba ni mampu menghilangkan segala jenis penyakit. SAYA DAH CUBA!!

10 TIPS BILA ANDA KEKERINGAN DUIT!!


Kelebihan Minyak Herba Asmak Mujarab
  • Merawat dan melegakan penyakit asma
  • Menghilangkan batuk, kahak, selsema dengan pantas dan efisien
  • Membantu menghilangkan sakit gigi, 
  • menghilangkan lenguh-lenguh badan, sakit kepala, resdung, sembelit
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Boleh digunakan untuk luka dan gatal-gatal badan
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Minyak Herba Asmak?

Anda jangan khuatir dan risau sebab minyak ni terbukti sesuai untuk semua peringkat umur.
Bayi pun boleh guna. sebab tu la tagline minyak ni "satu rumah satu minyak herba asmak".




Cara Penggunaan Minyak Herba Asmak

Terdapat cara yang khusus bagi setiap masalah atau penyakit2 yang dialami oleh para pengguna. namun, cara asas penggunaannya adalah sapu dileher dan kedada, ketengkuk dan kebelakang. Minyak ini juga boleh disapu ditapak kaki.

Testimoni Pengguna


"Anak berusia 6 bulan sudah tidak lagi mempunyai masalah lelah, batuk berkahak, dan selsema teruk"








 Saya pun dah menggunakan minyak ni. Al maklumlah saya ni bekerja shift. Kalau saya kerja malam tu badan memang rasa lenguh2 sebab orang lain sibuk tidur, kita pulak sibuk bekerja. Jadi saya pun selalu menggunakan minyak herba ni. Fuhh..badan memang rasa lega. Sakit2 dan lenguh pun hilang. Lagi satu minyak herba ni sejuk sangat dan sangat2 la selesa. Sebab tu minyak ni sangat sesuai untuk semua seawal bayi lagi.

Harga Minyak Herba Asmak

Harga jualan sebotol minyak ini adalah RM 39. Berbaloi2 sangat kan??
Dah lah murah, mujarab pulak tu. Harga tak sampai RM 50 ringgit pun. Kalau nak tahu pengeluar telah mensyaratkan pengedar yang Sah menggunakan harga yang sama bagi mengelakkan kekeliruan oleh pengguna. Jadi, anda jangan la risau.

Untuk Menjadi Pengedar yang sah


Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :


Hotline HQ : 019 – 970 8897


Website rasmi syarikat : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd






PERTANYAAN LANJUT

Untuk pengetahuan anda, minyak herba Asmak ni sudah semakin popular dan banyak info menarik yang boleh anda lihat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang produk ini. Anda boleh lihat dilaman sosial seperti yang tertera dibawah:

Hotline HQ : 019 – 970 8897


Website rasmi syarikatMinyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd





Instagram mham.sdnbhd


Facebook Page Penawar Asma Mujarab


Youtube : Minyak Asmak

E-mel : meedysworld@gmail.com

INFO PENTING!!

Sebelum membeli, anda mesti memastikan bahawa minyak tersebut adalah asli. Jangan tertipu kerana terdapat orang2 yang tak bertanggungjawab telah membuat produk tiruan berdasarkan label minyak herba Asmak. Untuk lebih lanjut boleh lihat video di bawah.








JOM KONGSI DI FACEBOOK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/