Assalamualaikum semua
Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku.
buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA.
Hah..ada sapa yang dah baca belum??
Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.
Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la.
Nampak Sweet kan??
Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan dua hati yang sah ikatannya dan menunjukkan bahawa walaupun tidak bercinta bertahun2 tapi mereka dapat membina keluarga yang bahagia.
Lagi satu yang menarik tentang buku ni adalah Azlan Andi ni menceritakan kisah pengalaman beliau mengembara ke negara orang. Agak detail jugak beliau cerita sampai aku rasa sangat excited dan aku rasa aku nak sangat pergi kat tempat2 yang beliau sudah pergi tu.huhuhu
ILMU YANG AKU PEROLEH DARI BUKU BINIKU NINJA
- Niat Kerana Allah S.W.T
- Apa-apa yang kita lakukan adalah berdasarkan niat. Semua perbuatan kita, kita niat hanya Kerana Allah S.W.T. InshaAllah semua akan dipermudahkan
- Restu Ibu Bapa Penting
- Dalam buku ini Azlan Andi menceritakan bahawa isterinya(Sabatini Dzue) meminta beliau untuk bertanyakan walinya iaitu ayah beliau sekiranya Azlan betul2 ingin memperisterikannya.
- Travel
- Buku beliau banyak menceritakan kisah pengembaraan mereka berdua yang sangat menyeronokkan
- banyak benda yang boleh diperolehi daripada mengembara ni selain dapat melihat negara orang lain, kita juga dapat tadabbur alam dan melihat seni bina mereka yang menarik yang lain daripada Malaysia
huhu..kalau anda berminat bolehlah dapatkan dikedai2 buku yang berdekatan anda!!
JOM KONGSI DI FACEBOOK
Comments