Skip to main content

Bila Kita Hanya Merancang Tapi Allah S.W.T Sahaja Yang Menentukan

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat Nur Suhaila Nordin nak update blog ni ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Al maklumlah sifat KEMALASAN yang berganda2 ni. Hik Hik Hik. Okay, lets start with my story. Semalam adalah hari aku off day. Setelah bertungkus lumus di tempat kerja, jadi bila dapat cuti tu, terasa sangat la gembira yang tak terkata. So, aku dah decide nak pergi makan dekat Kfry Restoran dengan staff aku. Tapi tula lambat reserve, jadi full la tempat. Nak pergi walk in takut lambat pulak kan. Dan akhirnya, aku perancangan tersebut dibatalkan. Hmm.

Memandangkan aku tak nak la membuang masa cuti aku dengan asyik tidur sahaja, jadinya lepas balik kerja shift malam aku plan2 bermacam2

1. Nak tukar minyak motor(dah 2 bulan tak tukar wei ๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€)dan pam tayar motor.
2. Nak pergi Maybank buat Kad bank baru (Kad kena telan kat mesin ATM)
3. Nak pergi shopping dekat Times Square
4. Lepas Solat Subuh nak pergi Joging.

Spesis manusia yang bernama Suhaila ni, kalau ada la yang kenal aku memang seorang yang suka merancang tapi kadang2 tu tak kesampaian. Ha Ha Ha.

Jadi, nak dijadikan cerita. Aku terbangun lambat pada hari tersebut. Aku terus solat subuh dan semua perancangan yang aku buat terawang-awangan sebab mood aku terus hilang dibawa oleh angin. Haih. Terus aku tidur balik. ๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž

Tapi nak katanya Allah S.W.T tu adalah penentu segalanya. Sebab apa?? Sebab aku buat dua perkara yang aku perlu buat pada waktu itu. Padahal kalau nak diikutkan hari2 lepas, kalau mood aku dah kelaut memang aku terus la kelaut. Ha Ha Ha.

Waktu tu kawan aku mesej ajak pergi tengok Wayang, aku mula2 memang malas gila nak tengok gara2 sebab bangun lambat. Tapi aku gagahkan jugak. Dah turun bawah rumah, aku pergi dekat motor aku. Aku check tayar, tayar kurang angin pulak. Ikutkan hati aku, memang aku xnak bawak motor, aku nak jalan kaki je sebab panggung wayang dengan rumah aku lebih kurang 15 minit je. Namun, aku gigihkan diri pergi kedai motor pam tayar. Alang2 tu terus la tukar minyak motor. Dah settle dekat tempat motor. Maybank dengan panggung wayang tu dekat je. Aku pun terus la melangkah pergi kesana. Waktu tu pukul 3 ptg la. Aku berdoa la tak ramai dekat bank. Alhamdulillah, Allah permudahkan sekejap je aku buat kad baru. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Serius waktu tu aku tersangat gembira sebab aku mengalahkan sifat malas aku dan Allah S.W.T tu penentu segala2nya. Daripada plan2 pastu tak jadi tapi akhirnya atas ketentuan Allah, jadi jugak walaupun tak semua apa yang aku plan aku buat.๐Ÿ˜

The conclusion is, jangan pernah berhenti merancang tapi tetap percaya bahawa setiap perancangan itu Allah S.W.T yang tentukan samada berhasil atau pun tidak.





p/s: Aku dapat buat entri ni pun sebab ketentuan jugak..hihihi

Comments

Popular posts from this blog

JOM TAMBAHKAN FOLLOWER

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. WAH3..penat ke berpuasa???takpe3 moga2 mndapat keberkatan... hari ni aku nak join aktiviti  mr. aril  ni..mmg menarik..sebb kita boleh knl dgn blogger2 lain..sape2 rase2 yg nak join tu meh klik kat banner mr. aril ni...

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

assalamualaikum...

"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

assalamualaikum..hihihi..aku nak join segmen ni..menarik hati aku,..ececece.. segmen ni ada misi tau..nak tau misi segmen ni??jom join...klik banner.. - Nama panggilan Blogger         : suhaila sellaginella - Tarikh mula berblog               : april 2011 - Rakan blogger terkini             : 245 - Target tambah rakan blogger  : 15 orang Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!