Tuesday, January 10, 2017

MEMORI 2K16 DAN MISI 2K17

Hi Assalamualaikum semua pembaca2 blog Suhaila Sellaginella ni..huhu

SELAMAT DATANG 2K17!!!!!!

Ha.. tu dia budak zaman sekarang, dah tak tulis 2017 dah(terlalu mainstream katenya). Aku pun ikutlah peredaran zaman gak..hihihi.

Apa macam setelah melepasi 10 hari didalam tahun 2K17 ni?

RASA LEBIH BERSEMANGAT??

AZAM MAKIN BERTAMBAH??

Bagiku aku tahun 2017 is too soon datang..hakhak..

Serius weyh, aku masih lagi ingat apa yang aku angan2kan pada awal tahun 2016, but now kita dah dalam tahun 2017!!

OH NOOO!! WHAT!!?


     Camtu lah perasaan aku. Sangat cepat masa berlalu. Setahun sekarang ibarat bukan macam zaman aku kecik2 dulu. Dulu kemain kalau nak tunggu raya tu rasa macam lamanya lahai. Tapi sekarang bila fikir lagi 5 bulan lagi nak raya kot, padahal memori raya tahun lepas masih berlegar2 lagi dalam fikiran. Hahah..

       Sangat sedih kalau nak difikirkan yang masa tu sangat mencemburui kita. Jadi kita mesti pastikan masa kita digunakan dengan sebaik2nya.

MEMORI TAHUN LEPAS(2K16)

KERJAYA

Berbalik pada cerita yang aku ni tak sangka yang sekarang ni dah 2K17, jadi aku nak mengimbau la sikit memori2 2K16 yang telah aku lalui. Actually, x banyak sangat benda2 yang menarik dalam tahun 2K16 ni. 2K16 ni nak dijadikan cerita adalah saat2 aku membina karier la. Mungkin kalau orang kenal aku, mereka semua akan tahu aku ni lulusan Sains Perikanan. Tapi pada akhirnya aku memilih untuk tak berada pada kerjaya tu dan lebih menjurus kepada bidang entertainment yang lagi khusus adalah kerja WAYANG! Ya. Aku kerja di panggung wayang. But then, who care. Selagi aku buat kerja halal, aku tak kisah. Tapi tak semua cerita gembira xde dukanya. Biasa la orang kampung bila dengar anak orang keluar Uni, kerja kat tempat2 yang xde standard kata mereka, mulalah sibuk mencanang cerita. Dan mak aku pun start la suruh aku kerja lain. Tapi aku ni degil tetap teruskan jugak sebab aku tahu apa yang aku buat. So, aku cakap dengan mak aku,

“ Mak, akak still akan kerja dekat sini selagi akak tak dapat kerja yang lain dan akak akan naik pangkat dan dapat gaji yang sesuai dengan degree akak.”

P/s: Actually conversation aku tu lebih kurang aku padatkan jela sebab aku kalau bercerita dengan mak aku sangat panjang. Takkan nak tepek kat sini jugak? Hihihi

Dan akhirnya aku jadi Supervisor di panggung wayang. Bermula dari part time lepas tu jadi full time, naik plak jadi Buddy Trainer dan akhirnya jadi Supervisor. Dalam masa setahun. Its kind of amazing jugak la kan??

Perjalanan karier aku agak lancar. Alhamdulillah. Mungkin sebab doa mak ayah aku yang tak putus2 doakan anak mereka yang sangat degil ni.


TRAVEL

Aku memang seorang kaki jalan. Aku boleh jalan kat mana2 tempat yang aku nak pergi. Kalau keyakinan aku tinggi, aku fikir je terus aku buat. Macam contoh, ada satu masa tu aku memang sangat hati kosong giler dan aku pun fikir nak pergi pantai. Al maklumlah 3 tahun belajar kat terengganu, pantai tu dah tak lari dah dengan aku. Ni bila dah duduk Selangor, aku pun terfikir nak cari pantai. Hambik kau ke Pantai Morib aku pergi nya. Agak jauh gak dari serdang nak ke banting sana. Naik motor pulak tu. Namun aku gagahkan jugak. Nak tengok pantai punya pasal.

Bila dengar travel mesti terfikir pasal luar negara. Haha. Aku tak travel luar negara pun. Last aku pergi luar negara pun Vietnam. Tu zaman2 belajar punya cerita la. Tahun 2016 tempat yang aku pergi adalah KLCC, Sunway Lagoon, Penang, Port Dickson, Melaka dan Kedah. Kalau KLCC dan Sunway Lagoon boleh dikatakan jalan2 saja2 la. G Penang tu sebab aku pergi hantar adik aku belajar dekat USM. Tapi x sure plak 2K16 ke 2K15 aku g..hahah. Tapi yang latest adalah Melaka dan Kedah. Yang pergi dekat Kedah tu aku akn cerita dekat entri yang akan datang bila mood menulis aku sampai(Basi sudah)

TONE EXCEL

Aku join Tone Excel ni start dari akhir 2015 dalam bulan 12 kot sampailah sekarang. Sebab apa aku join tone excel ni adalah aku fikir aku boleh dapat pendapatan pasif. Dan sampai sekarang aku masih belum dapat income yang diharapakan.. HHmmmm.. So Sad. Tapi aku tak salahkan Tone excel sebab aku still YAKIN dengan guna simkad ni aku boleh dapatkan pendapatan yang tak masuk dek akal. Walaupun aku buat dah kira lama gak tapi dapatlah jugak income sikit. Daripada korang yang guna simkad lain tu, berbelas tahun guna tetap tak dapat duit. Aku baru guna setahun je aku dah dapat beli keperluan aku sikit2. Kalau korang rasa berminat nak tahu, korang roger2 je aku dekat no. Ni 0177467741. tapi harap maaf kalau yg jenis bercintan cintun ni aku tak layan. BISNES TONE EXCEL SAHAJA!

AZAM 2K17

Start 2K17 ni, aku mulakan dengan sangat tak bermaya. Actually banyak gila agenda2 yang aku plan untuk tahun 2K17 tapi tak berapa nak organize. Setakat berlegar difikiran sahaja. Baru 10 hari ditahun ini tapi banyak benda yang membuat jiwa aku kadang sunyi and blank. Rasa macam banyak sangat berfikir, nak buat itu ini tapi satu hape pun tak jadi. Stress tak pasal2 dalam kerja. Padahal kerja aku takde la stress sangat pun. Tapi aku decide untuk nak ketepikan perasaan bercampur aduk aku ni dan mula fokus pada apa yang aku nak buat pada tahun ni. Aku tak nak tahun 2K17 ni berakhir dengan sia sia sahaja. So, antara senarai benda yang aku akan buat pada tahun ni

1. Bina kerjaya
2. Pergiatkan diri dalam bisnes TONE EXCEL
3. Buat Blog
4. Pergi Travel
5. Buat Bisnes. (so far bisnes bantal..Haha)
6. Nak Kurus (ni azam dari tahun2 lepas)
7. Jumpa bakal zauj (maklumlah dah meningkat umur..ahakss)
8. BUAT KERJA SENDIRI

Yang dekat atas tu antara azam2 baru aku untuk tahun ini. Ada banyak azam yang berlanjutan untuk setiap tahun seperti untuk jadi anak solehah, muslimah yang lebih baik and other thing like that. Tu memang hajat aku setiap tahun. Jadi aku harap azam2 aku ni di permudahkan oleh Allah S.W.T. Sebab aku nak pastikan tahun 2K18 aku akan tulis entri yang lebih panjang dan tiptop daripada entri ni. Korang2 doakan aku yer. Amin.. Assalamualaikum.. :)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/