Skip to main content

DONT EVER GIVE UP!


Assalamualaikum W.B.T

Hai semua readers!!

Seperti telah lama sangat yer hamba yang bernama Suhaila ni tidak menulis. Ha Ha Ha. Actually, idea tu ada cuma mampu ditulis difikiran sahaja. Kadang rasa macam fefeeling artis je cam takde masa padahal Allah tu bagi 24 jam sehari tuk buat macam2 kan. Tapi tulah manusia. Leka, alpa, bermalas-malasan je tahunye. Sama jugak macam aku. Lulzz.

Malam ni aku nak buat entri motivasi sikit buat sesapa yang harini atau hari2 yang lepas malah untuk hari2 yang akan datang ada perasaan sedih, kecewa, putus asa, nak nangis dan sebagainya.

Actually, aku nak menenangkan hati aku sebenarnya. Tapi tak luak pun kan kalau aku kongsi kata2 motivasi kat korang2 diluar sana yang ada hati kacau gundah gulana macam aku ni kan. ngeh ngeh ngeh


LETS PROCEED!

So, macam mana aku nak start motivate ni erk?? haha.. hai la suhaila. Time tengah buat entri ni la baru kau nak cari idea. Haha.

Berbalik kepada tajuk entri aku which is don't ever give up. Aku selalu nasihatkan diri aku sendiri supaya jangan mudah putus asa walaupun banyak benda rintangan yang kau hadapi. Tak kisah la dalam belajar ke, dalam pekerjaan ke, hatta dalam percintaan pun please jangan mudah give up. Sebab apa aku cakap jangan mudah give up? Sebab kita sendiri tak tahu bila titik kejayaan kita tu bermula.

Sebagai contoh, sekarang ni aku cuba nak kurus masih lagi ada misi tu lepas banyak kali gagal. Banyak kali aku try tetap tak kurus2. Serius wei. Nak kata aku gemuk tak lah jugak tapi keinginan untuk kurus tu meluap2 tapi bila effort aku kurang mmg tentu2 lah nak jadi kurusnya lambat ye dak? Kalau misalnya aku berhenti sekarang bermimpi nak jadi kurus dan tak nak berusaha, memang aku tetap akan gemuk. Tapi kalau aku tak pernah berputus asa dan berusaha, aku pasti ada sinar di akhirnya! ewahh..hahha. Doakan la aku kuat k.

Itu contoh yang basic la. Sama jugak dalam segi pekerjaan. Aku jugak manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi kalau setiap minggu benda sama je yang aku buat salah, stress jugak kan? Dan aku sangat stress dan rasa cam nak nangis2 je. Why u always make the same mistake Suhaila? Haihhh. Tak penat ke asyik2 kena marah? PENAT. So, buat la keje tu helok2 sikit. Kata aku pada diri aku sendiri. Ngeh Ngeh Ngeh.

Kebanyakan orang selalu mudah mengalah bila berdepan dengan masalah2 macam ni. Aku pun rasa dah nak give up dah. Tu kalau aku tak fikir panjang la. Ha ha ha. Tapi aku ni memang suka fikir panjang sikit. Tu yang kekadang loading..haha

Nak dipendekkan cerita, kita kena fikir kenapa kita bermula? Aku selalu fikir banyak benda yang aku nak capai dalam dunia ni. Setakat dugaan yang sikit camtu aku tak boleh hadapi, macam mana aku nak hadap dugaan2 dan realiti2 kehidupan yang lain. So, aku pun duduk bertafakur sekejap dan try pujuk hati aku yang sedih ni.

Kata2 motivasi untuk diri aku
Suhaila..
Lebih baik kena marah daripada tak kena marah langsung.
Cuba dan cuba sehingga kau dah tak kena marah lagi.
Ubah cara kerja kau dengan lebih produktif.
Jangan mudah mengalah!!

Sejuk dan tenang sikit hati.

Tapi antara benda yang paling penting adalah berbalik semula kepada Allah S.W.T. Mungkin kita banyak lebihkan dunia berbanding pada akhirat. Banyak buat benda2 lagha. Terlampau fikirkan dunia. Kerja. Kerja. Kerja. Sebab tu Allah S.W.T bagi kau ujian supaya Dia nak kau kembali bersujud kepada Dia.

Allahu.

Kesimpulan daripada celoteh2 aku diatas, aku berharap sangat diri aku dan sesiapa yang membaca entri ni, dia tidak mudah berputus asa dan cuba buat sehabis baik dalam setiap benda yang kita buat. Harus tangani stress dengan baik dan lalui realiti kehidupan dengan senyuman dan kembalilah kepada Allah S.W.T

💗💗💗💗💗💗



Comments

Popular posts from this blog

BIODATA AHLI KUMPULAN 2PM

assalamualaikum...korg sehat x ??/ hari ni mood korea aku dah dtg..hahha..beast aku dah cer..u-kiss aku dah cer..la ni aku nak knlkan korg dgn aku punye favourite boy group korea..nak tau??mereka adalah 2PM!!!..argh...bile dieorg nak datang malaysia erk..harap2 dapat pergi..hahha baru2 ni dieorg tgh promosikan album baru die dgn lagu single dieorg iaitu HAND UP..lagu tu sgt best.

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!

Assalamualaikum semua Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku. buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA. Hah..ada sapa yang dah baca belum?? Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.  Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la. Nampak Sweet kan?? Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan du