Friday, August 18, 2017

BAD GENIUS MOVIE REVIEW: TERBAIK!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hai Semua!! Harini aku kerja pagi dan sempatlah aku menghupdate sedikit sedikit blog aku yang agak bersawang ni.. Yihaaa!!

Seperti biasa kalau aku kerja pagi, aku akan masuk pukul 9.00 pagi dan balik lebih kurang pukul 5.00 ptg atau lebih2 sikit la. Memang best kerja waktu pagi ni sebab al maklumlah kalau kita kerja pagi boleh lah nampak cahaya matahari sikit. Dapat menghirup udara segar di ruangan udara Selangor ni.. Haha.

Nak dijadikan cerita, lepas habis kerja aku pun bermalas-malasan untuk pulang ke rumah, ditambah pulak ada staff dan rakan sekerja aku kata hujan dekat luar. So, aku pun mengambil kesempatan untuk tengok wayang. Hahah. Nama je kerja tempat wayang tapi tengok movie semua lambat. So, aku decide untuk tengok cerita Bad Genius.





Kenapa Bad Genius??

So far, sambutan untuk cerita Bad Genius ni sangat menggalakkan. Sale location aku mencanak2 naik lepas cerita ni naik. Kalau korang nak tahu cerita ni adalah cerita THailand dan berdasarkan kisah sebenar.




Movie ni Pasal apa??

Movie ini adalah tentang seorang student ni nama dia Lynn. Lyn ni memang pandai gila nak mati la cerita dia. Dia ni kena transfer sekolah dekat tempat ayah dia mengajar dan dia pun dapat biasiswa persekolahan. Tapi Si Lynn ni gunakan kepandaian dia untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara bagi rakan dia tiru dalam exam. Mula2 dia sekadar nak bantu seorang rakan dia ni namanya Grace untuk dapat masuk persatuan drama sekolah. Tapi benda tu jadi lebih besar bila teman lelaki grace ni tahu perkara itu dan sanggup bagi berapa je yang Lynn tu hendak kalau dapat tolong mereka semua dalam exam. Tapi malang tak berbau rahsia terbongkar sampai si Lynn ditamatkan biasiswa dan tak dapat international scholarship.

Itu adalah separuh je jalan cerita Bad Genius ni. Kalau korang nak tahu detail korang pergi la tengok dekat panggung wayang yang berdekatan. Kalau nak tiket free boleh jumpe aku dekat TGV Cheras Selatan.. Haha.. Itupun kalau tiket free aku belum habis.

Aku boleh bagi cerita ni 9 Bintang Daripada 10 la. Plot cerita yang menarik dan ada pengajaran yang tersendiri.

Nasihat aku adalah gunakan kebijaksanaan kita untuk perkara2 yang elok dan bermanfaat. Kalau kita ni dah pernah buat silap, cepat2 lah berubah dan berusaha jadi lebih baik. Buat adik2 yang tengok cerita Bad Genius ni, amik yang baik2 tau, jangan korang g copy cara dieorang meniru tu bawak ke exam2 korang.. huhu..

 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY SAHABAT

    http://suhailasellaginella.blogspot.com/