ASSALAMUALAIKUM..
HARI ni..nak share something tentang nisfu syaaban..seperti yg kita sedia maklum..bulan syaaban ni adalah satu bulan yg penuh keberkatan..ia juga adalh bulan sebelum kedatangan bulan Ramadhan..
pada hari ini adalah hari sabtu bersamaan dengan 14 Syaaban 1432 hijrah..yg bermakna pada malam ini adalah malam nisfu syaaban..15 syaaban 1432 hijarah..
ramai yg mungkin x tahu and tak perasan..dah hampir setengah bulan kita berada dalam bulan syaaban..dan tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan..
ok la..actually.. after saya bukak blog..post entry..tetibe teringat..saya pun perasan"eh dah 14 syaaban??" "maknenye ni malam nisfu syaaban"..astaghfirullahalazim..baru saya tersedar..
adoi..boleh x perasan pulok an..asik2 fikir upu nak keluar..sampai lupa..
k la saya baru baca pasal nisfu syaaban ni tadi..so nak share la..sbb saya tahu..ade lagi yg x tahu dgn lebih mndalam tntg nisfu syaaban ni..so,kita sama2 berkongsi yer..
Pengertian nisfu Syaaban
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)..
erm..dah dapat x serba sedikit ilmu..saya pun cetek la pengetahuan terhadap perkara2 sebgini..
same2 kita berkongsi.....bila bace bahawa sebaik sahaja masuk maghrib..buku catatan baru akan dibuka..
pernah x kita berfikir..ape pulak yg dicatat di buku catatan lama??adakah keburukan yg banyak atau kebaikan yg banyak??tapi..kita berdoalah agar dipenuhi dengan kebaikan..
oleh itu..kita tanamkan tekad untuk lebih baik daripada yang sebelum ni..Amin..
untuk pengetahuan yg lebih terperinci tentang bulan syaaban bacelah dinisfu syaaban dan inijalanku
p/s: semoga kita dirahmati Allah S.W.T
p/s: bermuhasabah diri..itu yg penting.
segala yg baik datang daripada Allah S.W.T .yg buruk datang dari saya sendri..Assalamualaikum..
sumber: google, idhamlim inijalanku,Al-Mizan & mohdnadri.com.

Fadhilat bulan Syaaban.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1) Memperbanyakkan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
(Dipetik dari kitab Durratun Nasihin).
2) Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin).
3) Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.

Comments