ASSALAMUALAIKUM
SAYA nak share something sikit...sape2 yg berminat sila lah bace
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa bagi Program Pengajian Perubatan di Universiti Perdana. Program tersebut meliputi program Universiti Perdana – Perdana University Graduate School of Medicine (Johns Hopkins University School of Medicine) dan program Universiti Perdana – Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI).
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains untuk mengikuti pengajian program Universiti Perdana – Perdana University Graduate School of Medicine (Johns Hopkins University School of Medicine), UP-PUGSOM.
- Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ Australian Matriculation (AUSMAT)/ International Baccalaureate (IB) untuk mengikuti pengajian program Universiti Perdana – Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI), UP-RCSI.
Umum
- Calon-calon perlu membuat permohonan kemasukan ke Universiti Perdana terlebih dahulu sebelum memohon penajaan Biasiswa JPA, sila rujukperdana universiti
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam (kepujian Bahasa Melayu termasuk Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan);
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Bagi Program Penajaan UP-PUGSOM
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2011;
- Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di Lampiran A.
Bagi Program Penajaan UP-RCSI
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011;
- Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di Lampiran B.
Temuduga
- Temu duga akan diadakan bagi memilih calon yang berkelayakan.
- Tarikh temu duga akan dimaklumkan kemudian kepada calon-calon yang layak.
Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon
Calon-calon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
- Pelajar peringkat ijazah pertama tahun kedua dan ke atas.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
- Pelajar/ pegawai yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.
- Kakitangan Kerajaan/ swasta
Kadar Biasiswa
- Elaun sara hidup – RM 9,240 setahun.
- Elaun buku – RM 1,000 setahun.
- Elaun alatan – RM 500 setahun.
- Elaun kertas projek – RM 150 setahun.
- Elaun latihan amali – RM 10 sehari.
- Elaun tesis – RM 300 sekali sahaja.
Tempoh Kontrak
Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan/ Kerajaan Negeri/ Agensi-agensi di bawahnya dalam jawatan yang ditetapkan oleh Kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan adalah10 tahun dan amaun tuntutan ganti rugi adalah kos sebenar yang dibelanjakan.
Cara Memohon
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja dengan melayari esilav2.jpa
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan.
- Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
Tarikh tutup
Tarikh tutup permohonan biasiswa JPA Program Pengajian Perubatan di Universiti Perdana ini ialah pada 4 Julai 2011. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Pertanyaan
- Sila rujuk garis panduan dan FAQ yang disediakan oleh JPA.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3308, 03-8885 3553, 03-8885 3295 atau 03-8885 3360. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat);
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat lspamc@jpa.gov.my
sape2 yg berminat tu..sila lah ambil kesempatan ni...sng la korg nak belajar kan..dah ade biasiwa..dan if ade interview..buat la sehabis baik..mogaa2 peluang lebih cerah untuk mndapat biasiswa
p/s: soft-skill itu same penting dgn akademik...
p/s:berhati-hati semasa mnjawab soalan ketika interview..
p/s:berhati-hati semasa mnjawab soalan ketika interview..
Comments