assalamualaikum...
hmmm.. ape khabar semue???
hari ni..saya teringin nak cerita pasal isu yng saya bace dalam newspaper...
DENGKUR???
saya gerenti kalo tnye pmpuan..msti malu nak ngaku..haahha
btul x???
k la..actually..brdngkur ni selalu dikaitkan dgan lelaki..tapi sbnarnya wanita pun ada yg brdengkur..
nak tau tak berdengkur ni mmg perkara biasa tapi dia boleh mmbahayakan kesihatan kita dan mmberi kesan negatif..
kesan yang jelas adalah kerap merasa letih dan menagantuk di waktu siang..
dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran nafas tersekat ketika tidur..
jika seseorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika..
Ketika tidur, otot pada lelangit lembut..,lidah,dan kerongkong akan berehat..jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar..getaran ini menghalang dan menyempitkan laluan udara..lalu tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi..
semakin tinggi tekanan,semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur...dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tggi..
ORANG DEWASA BERDENGKUR |
NORMAL BAGI KANAK-KANAK BERDENGKUR |
MENGGANGGU PASANGAN |
FAKTOR BERDENGKUR
- kegemukan. gemuk akan menyebabkan saiz empat bahagian di mulut bertambah dan dengkuran bertambah teruk..
- terlalu letih
- minum terlalu banyak minuman keras sebelum tidur
-mengalami masalah apnea tidur
-masalah saluran pernafasan
-bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah ,uvula panjang, lidah terlalu besar, atau tonsil bersaiz besar(semua boleh mnghalang pernafasan)
GEJALA APNEA
-rasa sangat mengantuk
-dengkuran terganggu
-insiden tercekik ditengah malam (tidak cukup oksigen)
-tidur tidak lena
-nokturia(kerap kencing malam )
-tidak boleh menumpukan fikiran
-mengalami msalah daya ingatan
-kemurungan
-mudah terganggu
-keinginan seksual menurun
-apnea juga boleh mnggangu kualiti tidur dan hidup orang lain keran terganggu oleh dengkuran kuat.
BAGAIMANA UNTUK MENGATASI
-ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan
-elak minuman alkohol,mengandungi kafein,dan merokok sebelum tidur
-ubah posisi ketika tidur
-jangan bersenam sebelum tidur
-elak keadaan yang mmbuat anda terhutang tidur
-bersihkan bilik anda..kemas dan teratur.
gunakan pelekap khas di hidung
-gunakan semburan hidung
-jangan ambil pil tidur
DENGKUR IBARAT HEALER???HAHAH |
ANTARA JENIS PELEKAP HIDUNG |
hahah..macam mana ???sekarang ni..kita lihat2 la dri kita..kita berdengkur atau tidak..
kalau ada gunakan lah sedikit ilmu yg saya beri ni yer..moga2 dapat mmbantu anda diluar sana..
k lah.. sampai di sini saja..assalamualaiku..(^_^)
-
Comments