assalamualaikum..
ape khabar anda2 semua..harap2 la sihat...baru terjaga dari terlelap sekejap depan laptop..hihi..so,aku pun menjelajah la di laman sosial aku n ternampak satu status ni...status ni menulis tentang satu hadith Rasulullah S.A.W
alhamdulillah,lepas aku bace dari blog al jazary dan halaqah.net aku dapat sedikit ilmu..
menurut sumber yg aku perolehi..
Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.
SUMBER:..HALAQAH.NET dan AL-JAZARY
Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!
ape khabar anda2 semua..harap2 la sihat...baru terjaga dari terlelap sekejap depan laptop..hihi..so,aku pun menjelajah la di laman sosial aku n ternampak satu status ni...status ni menulis tentang satu hadith Rasulullah S.A.W
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]
aku tertarik dengan hadith sahih ni..sebab kalau ikut pada logik akal kita..lalat adalah sejenis serangga yg membawa penyakit berbahaya..mak kita pun selalu akan cakap ngn kita mcm situasi dibawah
situasi:anak ingin minum air yg dah dimasuki lalat
mak:adik,jangan minum air tu..air tu dah masuk lalat..t sakit pulak kalau minum air tu..
mak kita mesti cakap camtu an??
.so,aku pun bukak link dari status yg aku tgk tu..aku pun baca di HALAQAH.NET dan BLOG AL-JAZARY
menurut sumber yg aku perolehi..
Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.
HUKUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT
Majoriti ulama berpandangan: Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas: ini adalah pendapat majoriti ulama yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.
Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan: Tujuan hadis ini bukanlah untuk menjelaskan kesucian air, tetapi menerangkan cara perubatan yang disebabkan oleh masalah lalat. Ibnu Hajar mengulas: ini adalah pendapat yang benar, akan tetapi tidaklah terhalang dari mengambil hukum yang lain.
KELEBIHAN MENCELUP LALAT
Mampu mengeluarkan penawar yang ada di sebelah sayap lalat yang terjatuh di dalam air. Bahkan, makanan atau minuman itu pula boleh diminum mengikut kadar kesanggupan.
dalam blog aljazary pun ade menjelaskan dakwaan orang yg menentang hadith ni dan kajian saintifik..jom bace menjawab dakwaan org yang menentang hadith dan kajian saintifik tentang lalat
korg pun boleh tgk video ni..
ha..nampak x betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...lalat yg lebih dikategorikan sebagai kotor pun rupanya ada kelebihannya juga..
kesimpulannya,setiap makhluk yg dicipta oleh Allah S.W.T ada keistimewaannya sendiri dan kita sebagai manusia seharusnya bersyukur kerana kita adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yg terindah..
semoga ape yg aku kongsikan dapat same2 kita dapat ilmu daripadanya..assalamualaikum..SUMBER:..HALAQAH.NET dan AL-JAZARY
Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!
Comments