Assalamualaikum semua!!! SELAMAT TAHUN BARU 2019!!! Masih tak terlambat kan nak ucap?? HuHu. Btw, macam mana selepas 2 hari di tahun baru? Masih bermalas-malasan ke atau dah bersemangat untuk melakukan perubahan yang positif?? Huhu. Suhaila kat sini nak mendoakan semua sentiasa bersemangat dan terus bangkit! Fighting!! Jadi harini aku dah membuktikan bahawa aku telah berjaya mengatasi kemalasan dan mengantuk aku dengan keluar berjalan kaki dan menghirup udara segar di pagi hari. YEAH!! Harap kerajinan aku semakin bertambah la ye. Semalam balik kerja pukul 2 pagi, pastu mandi bukak instagram, youtube, dan segala macam sosial media sampai la ke pukul 3 pagi. Tapi nak kata Allah S.W.T tu mengkehendakkan aku untuk bangun dengan segarnya, walaupun aku tidur 3 jam je tetap aku bangun. Hebat kan kuasa Allah S.W.T?? . Jadi, pesanan aku di pagi hari ini, bersandarlah kepada Allah S.W.T. Kadang2 kita selalu kecewa bila mana kita dah rancang sesuatu tapi tak jadi dan kita terus malas n...