Skip to main content

Posts

Bila Kita Hanya Merancang Tapi Allah S.W.T Sahaja Yang Menentukan

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat Nur Suhaila Nordin nak update blog ni 😂😂. Al maklumlah sifat KEMALASAN yang berganda2 ni. Hik Hik Hik. Okay, lets start with my story. Semalam adalah hari aku off day. Setelah bertungkus lumus di tempat kerja, jadi bila dapat cuti tu, terasa sangat la gembira yang tak terkata. So, aku dah decide nak pergi makan dekat Kfry Restoran dengan staff aku. Tapi tula lambat reserve, jadi full la tempat. Nak pergi walk in takut lambat pulak kan. Dan akhirnya, aku perancangan tersebut dibatalkan. Hmm. Memandangkan aku tak nak la membuang masa cuti aku dengan asyik tidur sahaja, jadinya lepas balik kerja shift malam aku plan2 bermacam2 1. Nak tukar minyak motor( dah 2 bulan tak tukar wei 👀👀)dan pam tayar motor. 2. Nak pergi Maybank buat Kad bank baru (Kad kena telan kat mesin ATM) 3. Nak pergi shopping dekat Times Square 4. Lepas Solat Subuh nak pergi Joging. Spesis manusia yang bernama Suhaila ni, kala...

MAKLUMAN KEPUTUSAN BR1M 2018

Assalamualaikum Semua!! Alhamdulillah bertemu juga dientri yang baru. Lama sungguh seorang Suhaila tak update blog an?? InshaAllah lepas ni akan semakin rajin berblogging. Semoga dipermudahkan hendak-Nya. Nak buang perkataan malas dalam diri ni memang susah sikit. Tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan? So, Fighting Suhaila!!! :D To make it start, kita bagi sikit perkhabaran berita gembira la kan. Memandangkan ramai yang tertunggu-tunggu bila la BR1M nak masuk. Ye Dak?? Hah, tadi kawan saya dah maklumkan bahawa kita dah boleh semak keputusan BR1M 2018. YEEEEEEAAAAAHHHH!!! Jadi siapa2 yang nak semak tu boleh buat semakan online di laman web BR1M   di menu MyBR1M ataupun hadir ke Cawangan  LHDNM yang berhampiran. Semakan boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari.  Nak dimaklumkan juga untuk tarikh pembayaran Fasa 1 Adalah pada 26 Februari 2018. WoooooooWWWW!!! Tahniah kepada sapa2 yang dapat BR1M tu. Gunakan dengan sebaiknya. Takpe walaupun si...

MERDEKA CONTEST 2017 BY SUHAILA SELLAGINELLA

Assalamualaikum..! Hai readers semua! Anda sihat? Ceria? Bahagia? Hahah. Kalau Semua tu betul. Alhamdulillah. Tapi kalau ada yang sedih2 tu diharapkan supaya bersabar dan cuba senyum. Memandangkan harini Suhaila Sellaginella sangat bergembira, jadi saya ingin mewar2kan kepada anda semua yang saya akan buat contest MERDEKA!! Malaysia kan bakal menyambut kemerdekaan yang Ke-60, jadi saya pun nak meraikan bersama2 dengan membuat contest merdeka ni!! HADIAH LUMAYAN TAU!!!! Contest ni macam mana yer?? Senang je.  1. Korang kena buat satu entri di blog @ post gambar@video di laman sosial anda sama ada di facebook, instagram dan youtube yang menunjukkan semangat kemerdekaan anda dan semangat cintakan negara Malaysia. 2. Entri @ gambar @ video mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan dimana laman sosial ataupun surat khabar. Buat sekreatif yang mungkin sebab saya tak gunakan random.org. Saya guna juri yang arif. Huhu 3. Anda Wajib Follow...

BAD GENIUS MOVIE REVIEW: TERBAIK!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T Hai Semua!!  Harini aku kerja pagi dan sempatlah aku menghupdate sedikit sedikit blog aku yang agak bersawang ni.. Yihaaa!! Seperti biasa kalau aku kerja pagi, aku akan masuk pukul 9.00 pagi dan balik lebih kurang pukul 5.00 ptg atau lebih2 sikit la. Memang best kerja waktu pagi ni sebab al maklumlah kalau kita kerja pagi boleh lah nampak cahaya matahari sikit. Dapat menghirup udara segar di ruangan udara Selangor ni.. Haha. Nak dijadikan cerita, lepas habis kerja aku pun bermalas-malasan untuk pulang ke rumah, ditambah pulak ada staff dan rakan sekerja aku kata hujan dekat luar. So, aku pun mengambil kesempatan untuk tengok wayang. Hahah. Nama je kerja tempat wayang tapi tengok movie semua lambat. So, aku decide untuk tengok cerita Bad Genius. Kenapa Bad Genius?? So far, sambutan untuk cerita Bad Genius ni sangat menggalakkan. Sale location aku mencanak2 naik lepas cerita ni naik. Kalau korang nak tahu cerita ni adalah cerita THailand dan b...

DONT EVER GIVE UP!

Assalamualaikum W.B.T Hai semua readers!! Seperti telah lama sangat yer hamba yang bernama Suhaila ni tidak menulis. Ha Ha Ha. Actually, idea tu ada cuma mampu ditulis difikiran sahaja. Kadang rasa macam fefeeling artis je cam takde masa padahal Allah tu bagi 24 jam sehari tuk buat macam2 kan. Tapi tulah manusia. Leka, alpa, bermalas-malasan je tahunye. Sama jugak macam aku. Lulzz. Malam ni aku nak buat entri motivasi sikit buat sesapa yang harini atau hari2 yang lepas malah untuk hari2 yang akan datang ada perasaan sedih, kecewa, putus asa, nak nangis dan sebagainya. Actually, aku nak menenangkan hati aku sebenarnya. Tapi tak luak pun kan kalau aku kongsi kata2 motivasi kat korang2 diluar sana yang ada hati kacau gundah gulana macam aku ni kan. ngeh ngeh ngeh LETS PROCEED! So, macam mana aku nak start motivate ni erk?? haha.. hai la suhaila. Time tengah buat entri ni la baru kau nak cari idea. Haha. Berbalik kepada tajuk entri aku which is don't ever give up....

KING ARTHUR: THE LEGEND OF SWORD

Assalamualaikum. Halooo. Apa khabar pembaca2 yang membaca blog aku ni. Penuh sarang2 lebah pun masih lagi ada yang sudi nak singgah. Huhuhuhu. Agak awkward gak la jari nak menulis setelah sekian lama tak menulis ni. Idea pun tak ada. Kah! Tapi takpe, korang jangan risau sebab aku ada kisah menarik untuk dikongsikan. hehehe Sapa yang baca dekat sini kaki wayang?? Confirm ramai. Aku tahu. So aku nak review sikit satu movie ni iaitu KING ARTHUR: THE LEGEND OF SWORD. Mesti ramai  yang tengok cerita pasal king Arthur ni kan. Sapa yang suka tengok cerita Merlin, mesti boleh faham kot kisah King Arthur ni. So far, bila aku tengok movie ni, bagi aku jalan cerita ni menarik dan tak bosan. Walaupun sejarah King Arthur ni mungkin dikatakan sebagai dongeng, tapi aku tetap suka cerita ni. Ha Ha Ha. Dalam filem ni jugak ada banyak aksi2 berlawan dan berperang. Kalau korang memang suka cerita perang2 lawan2 cam aku, mesti akan suka cerita ni. Tapi, yang selalu aku cuba kat...

JEP SEPAHTU DAN SARIYANTI SELAMAT DIIJABKABULKAN!!

Assalamualaikum.. Wah wah. Kemain aku terus hupdate kalau pasal Jep Sepahtu. Sapa yang tak tahu kan pasal hubungan Jep dengan Sari Yanti. Kalau dalam Sepahtu Reunion tu bukan main lagi si Jep ni buat ayat2 Pick Up line untuk Sari Yanti. Duk melayari twitter, terus ternampak Beautiful Nara hupdate pasal ni. Huhuhu Aku serius suka tengok pasangan ni. Nampak sweet sangat berdua. Dua2 malu2 kucing. Aku berdoa semoga jodoh dieorang berkekalan hingga ke Jannah. Jom kita tengok gambar2 masa pernikahan mereka yer. Credit to Beautiful Nara