Skip to main content

Bila Kita Hanya Merancang Tapi Allah S.W.T Sahaja Yang Menentukan

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat Nur Suhaila Nordin nak update blog ni 😂😂. Al maklumlah sifat KEMALASAN yang berganda2 ni. Hik Hik Hik. Okay, lets start with my story. Semalam adalah hari aku off day. Setelah bertungkus lumus di tempat kerja, jadi bila dapat cuti tu, terasa sangat la gembira yang tak terkata. So, aku dah decide nak pergi makan dekat Kfry Restoran dengan staff aku. Tapi tula lambat reserve, jadi full la tempat. Nak pergi walk in takut lambat pulak kan. Dan akhirnya, aku perancangan tersebut dibatalkan. Hmm.

Memandangkan aku tak nak la membuang masa cuti aku dengan asyik tidur sahaja, jadinya lepas balik kerja shift malam aku plan2 bermacam2

1. Nak tukar minyak motor(dah 2 bulan tak tukar wei 👀👀)dan pam tayar motor.
2. Nak pergi Maybank buat Kad bank baru (Kad kena telan kat mesin ATM)
3. Nak pergi shopping dekat Times Square
4. Lepas Solat Subuh nak pergi Joging.

Spesis manusia yang bernama Suhaila ni, kalau ada la yang kenal aku memang seorang yang suka merancang tapi kadang2 tu tak kesampaian. Ha Ha Ha.

Jadi, nak dijadikan cerita. Aku terbangun lambat pada hari tersebut. Aku terus solat subuh dan semua perancangan yang aku buat terawang-awangan sebab mood aku terus hilang dibawa oleh angin. Haih. Terus aku tidur balik. 👎👎

Tapi nak katanya Allah S.W.T tu adalah penentu segalanya. Sebab apa?? Sebab aku buat dua perkara yang aku perlu buat pada waktu itu. Padahal kalau nak diikutkan hari2 lepas, kalau mood aku dah kelaut memang aku terus la kelaut. Ha Ha Ha.

Waktu tu kawan aku mesej ajak pergi tengok Wayang, aku mula2 memang malas gila nak tengok gara2 sebab bangun lambat. Tapi aku gagahkan jugak. Dah turun bawah rumah, aku pergi dekat motor aku. Aku check tayar, tayar kurang angin pulak. Ikutkan hati aku, memang aku xnak bawak motor, aku nak jalan kaki je sebab panggung wayang dengan rumah aku lebih kurang 15 minit je. Namun, aku gigihkan diri pergi kedai motor pam tayar. Alang2 tu terus la tukar minyak motor. Dah settle dekat tempat motor. Maybank dengan panggung wayang tu dekat je. Aku pun terus la melangkah pergi kesana. Waktu tu pukul 3 ptg la. Aku berdoa la tak ramai dekat bank. Alhamdulillah, Allah permudahkan sekejap je aku buat kad baru. 👏👏👏👏

Serius waktu tu aku tersangat gembira sebab aku mengalahkan sifat malas aku dan Allah S.W.T tu penentu segala2nya. Daripada plan2 pastu tak jadi tapi akhirnya atas ketentuan Allah, jadi jugak walaupun tak semua apa yang aku plan aku buat.😁

The conclusion is, jangan pernah berhenti merancang tapi tetap percaya bahawa setiap perancangan itu Allah S.W.T yang tentukan samada berhasil atau pun tidak.





p/s: Aku dapat buat entri ni pun sebab ketentuan jugak..hihihi

Comments

Popular posts from this blog

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)

BIODATA AHLI KUMPULAN 2PM

assalamualaikum...korg sehat x ??/ hari ni mood korea aku dah dtg..hahha..beast aku dah cer..u-kiss aku dah cer..la ni aku nak knlkan korg dgn aku punye favourite boy group korea..nak tau??mereka adalah 2PM!!!..argh...bile dieorg nak datang malaysia erk..harap2 dapat pergi..hahha baru2 ni dieorg tgh promosikan album baru die dgn lagu single dieorg iaitu HAND UP..lagu tu sgt best.

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!

Assalamualaikum semua Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku. buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA. Hah..ada sapa yang dah baca belum?? Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.  Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la. Nampak Sweet kan?? Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan du