Hai semua readers!!
Seperti telah lama sangat yer hamba yang bernama Suhaila ni tidak menulis. Ha Ha Ha. Actually, idea tu ada cuma mampu ditulis difikiran sahaja. Kadang rasa macam fefeeling artis je cam takde masa padahal Allah tu bagi 24 jam sehari tuk buat macam2 kan. Tapi tulah manusia. Leka, alpa, bermalas-malasan je tahunye. Sama jugak macam aku. Lulzz.
Malam ni aku nak buat entri motivasi sikit buat sesapa yang harini atau hari2 yang lepas malah untuk hari2 yang akan datang ada perasaan sedih, kecewa, putus asa, nak nangis dan sebagainya.
Actually, aku nak menenangkan hati aku sebenarnya. Tapi tak luak pun kan kalau aku kongsi kata2 motivasi kat korang2 diluar sana yang ada hati kacau gundah gulana macam aku ni kan. ngeh ngeh ngeh
LETS PROCEED!
So, macam mana aku nak start motivate ni erk?? haha.. hai la suhaila. Time tengah buat entri ni la baru kau nak cari idea. Haha.
Berbalik kepada tajuk entri aku which is don't ever give up. Aku selalu nasihatkan diri aku sendiri supaya jangan mudah putus asa walaupun banyak benda rintangan yang kau hadapi. Tak kisah la dalam belajar ke, dalam pekerjaan ke, hatta dalam percintaan pun please jangan mudah give up. Sebab apa aku cakap jangan mudah give up? Sebab kita sendiri tak tahu bila titik kejayaan kita tu bermula.
Sebagai contoh, sekarang ni aku cuba nak kurus
Itu contoh yang basic la. Sama jugak dalam segi pekerjaan. Aku jugak manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi kalau setiap minggu benda sama je yang aku buat salah, stress jugak kan? Dan aku sangat stress dan rasa cam nak nangis2 je. Why u always make the same mistake Suhaila? Haihhh. Tak penat ke asyik2 kena marah? PENAT. So, buat la keje tu helok2 sikit. Kata aku pada diri aku sendiri. Ngeh Ngeh Ngeh.
Kebanyakan orang selalu mudah mengalah bila berdepan dengan masalah2 macam ni. Aku pun rasa dah nak give up dah. Tu kalau aku tak fikir panjang la. Ha ha ha. Tapi aku ni memang suka fikir panjang sikit. Tu yang kekadang loading..haha
Nak dipendekkan cerita, kita kena fikir kenapa kita bermula? Aku selalu fikir banyak benda yang aku nak capai dalam dunia ni. Setakat dugaan yang sikit camtu aku tak boleh hadapi, macam mana aku nak hadap dugaan2 dan realiti2 kehidupan yang lain. So, aku pun duduk bertafakur sekejap dan try pujuk hati aku yang sedih ni.
Kata2 motivasi untuk diri aku
Suhaila..
Lebih baik kena marah daripada tak kena marah langsung.
Cuba dan cuba sehingga kau dah tak kena marah lagi.
Ubah cara kerja kau dengan lebih produktif.
Jangan mudah mengalah!!
Sejuk dan tenang sikit hati.
Tapi antara benda yang paling penting adalah berbalik semula kepada Allah S.W.T. Mungkin kita banyak lebihkan dunia berbanding pada akhirat. Banyak buat benda2 lagha. Terlampau fikirkan dunia. Kerja. Kerja. Kerja. Sebab tu Allah S.W.T bagi kau ujian supaya Dia nak kau kembali bersujud kepada Dia.
Allahu.
Kesimpulan daripada celoteh2 aku diatas, aku berharap sangat diri aku dan sesiapa yang membaca entri ni, dia tidak mudah berputus asa dan cuba buat sehabis baik dalam setiap benda yang kita buat. Harus tangani stress dengan baik dan lalui realiti kehidupan dengan senyuman dan kembalilah kepada Allah S.W.T
💗💗💗💗💗💗
Comments